in

Tayangan Menarik TV9 Sepanjang April

TAYANGAN MENARIK SEPANJANG BULAN APRIL 2011!

Bulan April semakin ceria dengan tayangan menarik di TV9 iaitu Kid vs Kat yang akan bersiaran bermula 7 April ini menerusi slot Nickelodeon Di 9. Kartun animasi yang mengisahkan tentang gelagat seorang budak lelaki berumur 10 tahun, Coop Burtonburger, bersama Mr. Kat, kucing peliharaan adiknya, yang sering bertengkar tentang pelbagai perkara. Pertemuan mereka buat kali pertama adalah apabila adik perempuan Coop iaitu Millie telah terjumpa seekor kucing botak spesis sphinx di belakang rumahnya dan telah diberi kebenaran oleh bapanya untuk memelihara kucing jalanan tersebut.

Spyvspy2

Setibanya kucing itu di kediaman keluarga Coop, dia sudah merasai sesuatu yang janggal tentang Kat kerana dia seringkali terbabit dalam situasi pelik dan bermasalah. Rupa-rupanya Kat bukanlah sekadar seekor kucing biasa yang mempunyai rupa paras pelik dan menakutkan tetapi ia juga merupakan makhluk asing cybernetic yang mempunyai rancangannya sendiri untuk menguasai dunia dan kembali ke planetnya.

Kat telah mencuba bermacam-macam cara untuk memastikan rancangannya di dunia berjalan dengan lancar dan pada masa yang sama, Coop pula berhempas-pulas untuk mengorek rahsia di sebalik kewujudan kucing aneh ini.

Apabila Coop cuba untuk mendedahkan rahsia Kat, Coop sendiri pula yang sentiasa dipersalahkan oleh bapanya dan rakan-rakan yang lain kerana tidak percaya seekor kucing mampu melakukan apa-apa kejahatan. Dalam pada masa itu, mereka telah menjadi musuh ketat dan berusaha untuk menghapuskan masing-masing tidak mengira dengan cara apa sekali pun. Rancangan yang akan bersiaran pada jam 3.30 petang setiap hari Khamis sehingga Ahad ini sememangnya akan memeriahkan petang adik-adik kecil yang ingin berehat di rumah setelah pulang dari sekolah.

Pada tahun 2009, Kid vs Kat telah dicalonkan untuk pelbagai anugerah untuk satu acara anugerah filem dan televisyen di Britain, Leo Awards, iaitu Arahan Terbaik untuk Program atau Siri Animasi, Muzik Terbaik untuk Program atau Siri Animasi dan Bunyi Terbaik untuk Program atau Siri Animasi Terbaik. Rancangan 26 episod ini telah berjaya merangkul anugerah Program atau Siri Animasi Terbaik pada tahun tersebut.

Lagi menarik pada bulan April ini adalah apabila Kid vs Kat akan ditayangkan selama satu jam pada 22 April ini bersempenaan dengan ulangtahun TV9 yang kelima! Oleh itu, jangan ketinggalan untuk menyaksikan aksi KID vs KAT serta rakan-rakannya pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 3.30 petang. Hanya yang terbaik dari kami untuk anda semua!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Menangi Tiket Penerbangan Peraduan SMS Portal TV Media Prima

Profile Soul 3