in ,

Imam Muda Hassan Tegur Hanez Suraya

Di laman sosial sekarang ini masih lagi trending dengan topik hangat selebriti sensasi, Hanez Suraya yang dikatakan terperangkap sebagai mangsa kemelut rumah tangga orang. Nampaknya ramai yang melontarkan kejian dan kutukan serta kata-kata tohmahan kepada Hanez Suraya. Apa sahaja yang diperkatakan, Hanez Suraya tetap dengan pendiriannya untuk tidak memadamkan mesej atau komen di Instagram miliknya.

Imam Muda Hassan

Tidak terkecuali, ramai selebriti dan orang yang dikenali turut memberikan komen dan pendapat masing-masing. Selepas selebriti chef, Chef Wan memberikan komen, kini kita bacakan pula komen dari seorang yang mana Budiey boleh katakan layak untuk memberikan komen tentang bab hukum hakam agama iaitu Imam Muda Hassan. Juara Imam Muda musim kedua telah menulis pendapatnya di laman sosial Facebook walaupun tidak menujukan kepada nama Hanez Suraya tapi kalau baca tulisan itu, dah tentu kita dapat tahu siapa yang ditujukan.

“Bercuti dengan bukan Mahram tetapi ditemani oleh orang lain bukanlah satu alasan untuk menghalalkan apa yang haram. Matlamat tidak menghalalkan cara! Walaupun ditemani orang lain, tetapi adegan pegang tangan bersama tidak akan memungkinkan ia menjadi halal. Tak kisahlah kalau percutian anjuran syarikat sekalipun, jika batas-batas tidak dijaga di mana lelaki dan perempuan bebas bergaul tanpa batasan, ia tetap haram. Dah tak tahan sangat, kahwin sahaja… Lepas itu nak bawa naik Gunung Everest sekalipun, tiada siapa yang halang. Jangan cuba menghalalkan yang haram!”

Meskipun tidak menyentuh mengenai masalah tiga penjuru yang dihadapi selebriti ini, namun Imam Muda Hassan, tetap mengingatkan bahawa percutian dengan bukan mahram tetap haram walaupun berteman. Tambah Hassan, perkara ini tidak perlu timbul kerana masing-masing pasti tahu batas-batas pergaulan antara bukan mahram.

Sumber: Sinar Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert IL DIVO A MUSICAL AFFAIR di Arena of Stars

Melissa Indot Arah Make Your Day Untuk Ikal Mayang 2014