in ,

Maya Karin Sah Bercerai

Pelakon Maya Karin,31, mengesahkan telah bercerai dengan Muhammad Ali,40, atau nama asalnya Steven David Shorthose, Jumaat.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Syarie Mohd Amran Mat Zain selepas pasangan itu hadir di hadapannya.

Dalam satu mesej menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang dikirim oleh pegawai syarikat rakaman Satu Entertainment iaitu Azlin Abas, pasangan tersebut membuat kenyataan bersama berhubung penceraian terbabit.

Menerusi mesej yang dihantar kepada semua media kira-kira 9.30 malam, Jumaat, Maya dan Muhammad Ali meminta agar privasi mereka tidak diganggu.

Berikut ini disiarkan kenyataan ringkas berkenaan:

“Kami (Maya dan Muhammad Ali) pada hari ini, (16.7.2010) ingin memaklumkan telah mendapat persetujuan bersama untuk bercerai daripada mahkamah syariah.

“Keputusan kami untuk berpisah dilakukan selepas membuat banyak pertimbangan selain mencari penyesalan mendalam.

“Kami percaya keputusan ini menandakan masalah ini ditutup dan kami sangat menghargai jika privasi kami dapat dihormati tanpa sebarang spekulasi oleh pihak media pada masa hadapan,” kata mereka.

Perceraian itu berlaku genap sepuluh hari selepas permohonan mereka untuk mengesahkan pernikahan yang dilangsungkan di luar negara dibenarkan oleh mahkamah yang sama.

Pergolakan rumah tangga Maya dan Muhammad Ali atau nama sebenarnya Steven David Shorthose sudah menjadi perbualan sejak akhir tahun lalu dan dikhabarkan mereka akan bercerai apabila hadir di mahkamah sama pada 24 Jun lalu.

Bagaimanapun, tekaan itu melesat kerana pada 7 Julai lalu, Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaluddin menerima permohonan mereka untuk mengesahkan perkahwinan.

Perceraian ini sekali gus menamatkan spekulasi yang mengatakan mereka sememangnya tidak bahagia selepas dua tahun berumah tangga.

Maya dan Muhammad Ali berkahwin dalam suasana romantis pada 14 Ogos 2008 di Villa Corte de Lago, Itali.

Majlis resepsi mereka diadakan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 26 Ogos tahun yang sama.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. I’m sorry to hear that maya…but u must be strong k!! nape mudah sgt berpisah..perkhawinan tu kn bukan hanya sementara juga bukan satu mainan semata..carilah lelaki yg boleh membentuk kebahagian di samping mencari keredhaaNYA bersama dunia akhirat..good luck!!

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Julia Ziegler di Media Gathering MASIF 2010

Tonton Tour de France Menang TV LED