in

Tonton Tour de France Menang TV LED

Ikuti Tour de France secara langsung di Astro Eurosport dan menangi TV LED 52”

LCD TV serta lebih dari 100 hadiah lain jadi rebutan untuk penonton edisi ke-97 Jelajah Perancis SECARA LANGSUNG di Astro Eurosport (CH 814)

Para pelanggan pakej sukan Astro berpeluang untuk memenangi hadiah utama, sebuah televisyen LED Sony Bravia 52”, dan juga sebuah televisyen LCD 46” dan 42” dan 100 lagi hadiah lain yang menanti mereka apabila mereka mengikuti acara Tour de France 2010 di Saluran Eurosport (SL 814) SECARA LANGSUNG bermula Sabtu, 3 Julai sehingga Ahad, 25 Julai 2010.

Sebagai salah satu acara sukan yang paling banyak menggunakan tenaga fizikal, edisi ke-97 Tour de France ini mempamerkan 20 peringkat, dengan 22 pasukan terhebat antarabangsa berentap sengit untuk menghabiskan 3,642 kilometer jarak perlumbaan yang bermula di Rotterdam, Belanda dan tamat dengan penobatan kemenangan jersi kuning atau juara keseluruhan di Paris.

Belumpun bermula, peminat sukan basikal dikejutkan oleh pengumuman Lance Armstrong, pemenang Tour de France tujuh kali yang berusia 38 tahun yang mengumumkan tahun ini merupakan penyertaan terakhir beliau di dalam Tour de France melalui Twitter, “Ini akan menjadi Tour de France saya yang terakhir. Ia telah memberikan saya suatu pengalaman yang hebat. Teruja untuk 3 minggu seterusnya.” Armstrong dikenali ramai apabila kegigihannya berjaya menewaskan kanser testis, bersara selepas memenangi Tour de France pada tahun 2005, kemudian kembali pada tahun 2009 sebagai kempen untuk meningkatkan kesedaran kanser.

Armstrong akan mengetuai Pasukan RadioShack dan semestinya mahu memenangi gelaran ke-lapan apabila pertandingan itu berakhir di Paris pada 25 Julai. Meskipun memiliki rekod dan pasukan yang hebat, Armstrong dijangka akan menghadapi pesaingan yang hebat daripada pelumba Astana dan pemenang dunia dari Australia, Cadel Evans, Bradley Wiggins dan juga Andy Schleck.

Lee Choong Khay di Astro berkata “Walaupun, semua orang masih demam bola Piala Dunia, sebagai penyiar sukan yang utama di Malaysia, kami berusaha untuk membawakan penonton lebih banyak sukan bertaraf dunia dalam pelbagai jenis sukan.

Kami bangga bekerjasama dengan Eurosport dalam membawa pertandingan yang menarik ini untuk penonton kami sebagai ganjaran mereka apabila menonton 2010 Tour de France, yang merupakan acara berbasikal yang berprestij di Eurosport.”

“Perlumbaan Tour de France merupakan salah satu pertandingan sukan yang terbaik dunia dan Eurosport berbangga dapat membawa peringkat demi peringkat perlumbaan kepada pelanggan Astro.

Melalui pertandingan mudah, mereka hanya perlu meneka siapa yang bakal memenangi 2010 Tour de France dan mengapa pelumba tersebut akan memenangi perlumbaan itu tidak lebih daripada 25 patah perkataan untuk memenangi hadiah-hadiah menarik,” said Arjan Hoekstra, Pengarah Eurosport Asia-Pasifik.

Untuk maklumat lanjut dan butiran penuh pertandingan ini, sila layari www.astro.com.my/astrolife

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Maya Karin Sah Bercerai

Faizal Tahir Opening Act Konsert Nawal Al-Zoghbi