in , ,

Maya Karin Terima Pengiktirafan di Ramsgate International Film & TV Festival

iarpun filem Olympic Dream belum ditayangkan, lakonan aktres, Maya Karin, 41, menambat hati juri, sekali gus diberi pengiktirafan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem & TV Ramsgate yang berlangsung di Ramsgate, England pada 11 hingga 14 Jun lalu.

Pihak pengurusan pelakon, penyanyi dan aktivis alam sekitar terkenal, Maya Karin dengan sukacitanya memaklumkan bahawa beliau telah menerima pengiktirafan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik (Commendation in Best Actress Category) di  Ramsgate International Film & TV Festival yang berlangsung pada 11 – 14 Jun 2020 yang lalu. 

Pengiktirafan ini diperolehi menerusi lakonannya dalam filem ‘Olympic Dream’ yang turut tersenarai sebagai Pilihan Rasmi (Official Selection) Festival tersebut.

Maya Karin Terima Pengiktirafan Di Ramsgate International Film &Amp; Tv Festival
Maya Karin bawa watak Makcik Fatimah yang menjadi pendorong anak yatim di bawah jagaannya, Anna Wong mengejar impian bergelar pemain badminton bertanding pada kejohanan Olimpik. – Foto Full Billion Entertainment 

Mengulas tentang pengiktirafan ini, Maya berkata,

Saya berasa amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak juri Ramsgate International Film & TV Festival di atas pengiktirafan yang tidak saya jangkakan langsung ini.

Mungkin apa yang saya cuba sampaikan dalam filem ini memberi impak kepada juri dan penonton.

Sejak pertama kali menerima skrip filem ini ianya sudah pun memberi kesan secara peribadi kepada saya.

Walaupun tiada nama besar di dalam filem ini, saya bersetuju untuk membintanginya kerana tertarik dengan watak Makcik Fatimah.

Saya juga ingin berterima kasih kepada pengarah dan pihak produksi yang memberi peluang untuk saya berkarya dan ruang untuk saya mendalami watak ini mengikut cara saya tersendiri.

Dengan pengiktirafan ini, saya lebih bersemangat untuk terus memberikan yang terbaik dalam setiap naskhah yang saya bintangi.

– Maya Karin

Ramsgate International Film & TV Festival merupakan sebuah festival filem yang berpusat di bandar pesisir Ramsgate, England. Festival ini memberi platform kepada pembuat filem bebas dari UK dan antarabangsa untuk berkongsi karya baru kepada orang ramai, pengedar  serta memupuk bakat baru.

Maya Karin Terima Pengiktirafan Di Ramsgate International Film &Amp; Tv Festival
Antara babak dalam filem Olympic Dream yang menjulang nama Maya Karin sebagai Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem & TV Ramsgate. – Foto Full Billion Entertainment 

Sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2017, Ramsgate International Film & TV Festival telah menerima penyertaan dari seluruh dunia termasuk Australia, Brazil, Iran, Martinique, Filipina, Afrika Selatan dan Taiwan serta negara-negara Eropah dan benua Amerika Utara. 

‘Olympic Dream’ merupakan filem terbitan Full Billion Entertainment Sdn Bhd sebuah syarikat produksi tempatan yang berpusat di Pulau Pinang. Filem arahan sutradara Don Hoe ini menyaksikan

Maya memegang watak sebagai Makcik Fatimah menjadi pendorong kepada anak yatim di bawah jagaannya, Anna Wong yang mengejar impian untuk menjadi seorang permain badminton negara dan bertanding di kejohanan Olimpik. ‘Olympic Dream’ juga pernah merangkul  anugerah ‘Best Feature Film’ di Simply Indie Film Festival, ‘Best Feature Film’ di Canadian Cinematography Award dan ‘Best Family Film’ di Kinoduel International Film Festival.

===

‘MAKCIK FATIMAH’ ANGKAT MAYA DI MATA DUNIA

Biarpun filem Olympic Dream belum ditayangkan, lakonan aktres, Maya Karin, 41, menambat hati juri, sekali gus diberi pengiktirafan Anugerah Kepujian dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem & TV Ramsgate yang berlangsung di Ramsgate, England pada 11 hingga 14 Jun lalu.

Sangkaan Maya, namanya hanya tersenarai sebagai calon awal ketika mendapat panggilan syarikat produksi filem Olympic Dream, kira-kira tiga minggu lalu. Namun, apa yang berlaku pula sebaliknya.

Sebagai pelakon, sudah tentu menggembirakan hatinya, sekali gus menyifatkannya sebagai pemangkin untuknya memberikan lebih baik dalam lakonan pada masa akan datang.

Maya Karin Terima Pengiktirafan Di Ramsgate International Film &Amp; Tv Festival
Maya Karin bawa watak Makcik Fatimah yang menjadi pendorong anak yatim di bawah jagaannya, Anna Wong mengejar impian bergelar pemain badminton bertanding pada kejohanan Olimpik. – Foto Full Billion Entertainment 

Namun, jauh di lubuk hatinya, Maya berkata, terselit rasa terkilan kerana filem Olympic Dream masih belum ditayangkan berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia, ketika ini.

“Saya dimaklumkan berita ini, tiga minggu lalu. Awalnya, saya sangka nama hanya sangkut untuk senarai pencalonan. Apabila saya hubungi produksi filem seminggu kemudian, barulah saya tahu mengenai pengiktirafan yang diterima ini.

“Sudah tentu saya bersyukur dengan kemenangan yang tidak dijangka ini. Terima kasih kepada juri atas pengiktirafan ini, ia terlalu bermakna buat saya. Mungkin apa yang cuba disampaikan dalam filem memberi impak kepada juri dan penonton.

“Filem Olympic Dream sepatutnya ditayangkan serentak dengan sukan Olimpik, tetapi dengan situasi COVID-19 yang belum pulih dan Olimpik pula terpaksa ditangguhkan, jadi tayangan filem ini terpaksa ditunda.

“Jika nak diikutkan, memanglah ada perasaan terkilan, tetapi nak buat macam mana. Kenalah tunggu hingga tahun depan,”

Sejak mula dianjurkan pada 2017, Festival Filem & TV Ramsgate memberi platform kepada pembuat filem bebas dari United Kingdom (UK) dan antarabangsa berkongsi karya baharu kepada orang ramai, pengedar dan memupuk bakat baharu.

Hingga kini, festival berkenaan menerima penyertaan dari seluruh dunia termasuk Australia, Brazil, Iran, Martinique, Filipina, Afrika Selatan dan Taiwan serta negara Eropah serta benua Amerika Utara.

Aktres kelahiran kelahiran Bayreuth, Bavaria, Jerman itu berkata, naskhah arahan Don Hoe itu memberi impak peribadi buatnya yang kali pertama bekerja dengan produksi Cina tempatan.

“Seluruh warga kerja produksi filem ini berbangsa Cina kecuali saya. Namun, itu bukan menjadi penghalang untuk kami mewujudkan suasana harmoni sepanjang penggambaran. Ia sama seperti tema yang dipaparkan dalam filem ini yang mengisahkan semangat juang untuk negara dan perpaduan antara kaum,” katanya.

Menyorot kembali pencapaian diraih bintang filem Pontianak Harum Sundal Malam dan Munafik 2 itu berkata, ini adalah trofi ketiga yang pernah dimenangi dalam festival antarabangsa.

Sebelum ini, Maya atau nama sebenarnya, Maya Karin Roelcke pernah mengungguli gelaran Aktres Terbaik, Festival Filem Asia Pasifik Ke-48 di Fukuoka, Jepun, kira-kira 16 tahun lalu.

Maya turut mencipta sejarah menerusi sekuel filem berkenaan apabila meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Espano Terrror & Fantasy di Sepanyol pada 2005.

Justeru, apakah lagi yang mahu dikejar pelakon berdarah kacukan Melayu-Jerman itu untuk meneruskan kecemerlangan portfolionya?

“Setiap orang pasti mempunyai angan-angan, begitu juga saya. Impian saya mahu menang Anugerah Akademi atau Oskar serta Festival Filem Cannes. Manalah tahu ada rezeki suatu hari nanti. Doakan sahaja,”

Beralih kepada perkembangan kerjaya seninya, aktivis alam sekitar itu berkata, fokusnya kini lebih kepada memenuhi undangan untuk program televisyen (TV) dan pelantar digital.

“Buat masa ini, saya tak berlakon filem langsung kerana produksi masih belum bergerak. Kita semua tahu jumlah kru untuk produksi filem memang ramai berbanding drama, jadi agak sukar memulakan penggambaran.

“Jadi, tumpuan saya ketika ini adalah memenuhi undangan sesi temubual dan tetamu undangan untuk program TV. Saya baru sahaja selesai menjalani rakaman program memasak yang dikendalikan pengarah, Michael Ang, selain sibuk dengan perniagaan yang dijalankan,”

Olympic Dream terbitan Full Billion Entertainment Sdn Bhd, syarikat produksi tempatan yang berpangkalan di Pulau Pinang. Naskhah ini menyaksikan Maya memegang watak Makcik Fatimah yang menjadi pendorong kepada anak yatim di bawah jagaannya, Anna Wong mengejar impian bergelar pemain badminton negara dan bertanding pada kejohanan Olimpik.

Filem Olympic Dream pernah merangkul trofi Filem Cereka Terbaik di dua festival, Simply Indie Film Festival, Canadian Cinematography Award dan trofi Filem Keluarga Terbaik di Kinoduel International Film Festival.

Sumber: Berita Harian

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aggretsuko | 23

Netflix Umum Tarikh Pelancaran AGGRETSUKO Musim 3

Rio Dewanto | 24

Keliling Dunia Jelajah Hidupan Laut Dalam Dokumentari GREAT BLUE WILD