Gambar Julia Ziegler di Media Gathering MASIF 2010

Semalam, Budiey berpeluang bertemu dengan pelakon yang dah lama tak ketemu, Julia Ziegler. Dengan berat badannya yang sudah susut, tak macam dulu yang lebih berisi, Julia kini sedang berehat selepas sibuk dengan modelling dan berlakon. Kini, tengah tunggu tawaran tiba.

Jam 3 petang semalam, Budiey sempat berkumpul dengan media lain di Media Gathering untuk MASIF 2010. Mungkin ramai yang tak tahu lagi apa itu MASIF 2010 ni. Ya, Budiey pun tak tahu jugak tapi bila dah datang ke gathering ni, Budiey tahu la serba sedikit pasal event ni.

MASiF 2010 singkatan dari Music, Arts and Style International Festival Kuala Lumpur diadakan untuk memperjuangkan industri fesyen bumiputera ke peringkat antarabangsa. Bakal berlangsung selama 5 hari iaitu bermula 15 hingga 19 September ini – selepas hari raya puasa.

Berlangsung di Pavilion sebagai lokasi penganjuran penuh gaya dan glamor, MASiF 2010 turut digahkan dengan pembabitan artis tempatan serta antarabangsa sebagai raksa kekuatan untuk kali pertama ianya diadakan.

Mendapat kerjasama padu daripada Bumiputra Designer Association (BDA),Majlis Muzik Malaysia, Youth Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa sektor korporat serta kerajaan, MASiF 2010 diyakini mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan beberapa penganjuran acara fesyen berpretij yang lain.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Cereka Sains Bersiri V di NTV7

Maya Karin Sah Bercerai