in ,

Maya Karin Mencari Diri Menerusi GETAWAY

Seringkali kita berada di situasi tidak boleh menjadi diri sendiri dalam perihal kehidupan seharian baik di sekolah, di tempat kerja mahupun dalam hubungan sesama manusia.

Dalam cubaan menempatkan diri dalam dunia ini, kita mungkin pernah mengorbankan nilai teras kita sebagai individu. Kita kehilangan jati diri dalam cubaan memenuhi kehendak orang lain. Bak kata Eckhart Tolle penulis dalam bukunya The Power of Now

“When you lose touch with yourself, you lose yourself in the world.”

Gateway

Betapa pentingnya untuk seseorang itu menemukan, mengenali dan menjadi diri sendiri dalam dunia yang penuh kepuraan ini, begitulah tema yang cuba diangkat oleh pelakon dan penyanyi terkenal Maya Karin dalam single terbarunya ‘Getaway’.

Sekian lama memberi perhatian kepada karier lakonan dan kerja-kerja kebajikan dan alam sekitar, Maya kini kembali fokus dalam bidang nyanyian.

Single ‘Getaway’ ini merupakan single pertama Maya selepas hampir empat tahun sunyi tanpa karya solo terbaru.

Kali terakhir muncul dengan album solo ‘Teka Teki’ pada tahun 2013 dan single khas Hari raya yang berjudul ‘Pulang’ pada tahun 2014.

Pelakon Munafik 2 ini juga pernah membuat penampilan khas dalam single ‘Serik Dengan Cinta’ bersama Juzzthin pada tahun 2015 dan ‘ Sinar Ini’ kolaborasi bersama Yasin Sulaiman pada tahun 2018.

Maya Karin

‘Getaway’ merupakan hasil karya komposer dan penerbit berpengalaman Audi Mok bersama penyanyi baru Atilla Hanna atau lebih dikenali sebagai Tilla Hanna. Single yang membawakan genre pop moden ini turut menampilkan penyanyi Kaka Azraff selaku “rapper” dalam lagu tersebut.

‘Getaway’ merupakan single terbitan dan edaran Warner Music Malaysia. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula hari ini – 9 November 2018.

Kaka Azraff.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Rangkul Anugerah di Inflight Asia Pacific Awards

Arja Lee Hos Travelog KENALI SEMPADAN