in

AirAsia Rangkul Anugerah di Inflight Asia Pacific Awards

Tahniah! AirAsia telah merangkul anugerah Pengalaman IFEC Syarikat Penerbangan bagi platform ROKKI di Inflight Asia Pacific Awards 2018.

Anugerah ini mengiktiraf pengalaman hiburan dan jaringan hubungan dalam pesawat (IFEC) terbaik yang disediakan oleh syarikat penerbangan di rantau Asia Pasifik.

AirAsia dan ROKKI muncul juara kategori ini dan telah mengetepikan pesaing yang terdiri dari syarikat penerbangan perkhidmatan penuh seperti Singapore Airlines, Qatar Airways, Saudia, El Al Israel Airlines dan SriLankan Airlines.

AirAsia Rangkul Anugerah di Inflight Asia Pacific Awards

AirAsia rangkul anugerah bagi Rokki di Inflight Asia Pacific Awards

Anugerah ini diterima oleh Ketua Pegawai Teknologi ROKKI Edwin Ng di majlis anugerah yang telah dianjurkan di Pusat Ekspo Pameran dan Konvesyen Singapura semalam. Turut hadir bersama adalah Ketua Pemasaran Rokki Joey Lee.

Ketua Pegawai Eksekutif ROKKI Lalitha Sivanaser berkata,

“Pencapaian ini adalah bukti terhadap pengalaman digital lengkap yang ditawarkan oleh ROKKI. Menerusi perkhidmatan internet, hiburan dan kemudahan membeli-belah, para penumpang boleh menikmati pengalaman penerbangan yang lebih baik dan sentiasa berhubung, membolehkan perjalanan mereka menjadi lebih lancar seperti tidak berada di dalam penerbangan.”

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata,

“ROKKI adalah unit penting dari ekosistem digital kami. Platform ini bakal mendorong inisiatif e-dagang AirAsia yang pesat membangun bagi lebih 90 juta tetamu tahunan AirAsia serta membolehkan usaha kami dalam memberi gangguan terhadap model perniagaan runcit perjalanan konvensional dengan membawa pengalaman membeli-belah terus ke tempat duduk penerbangan anda. Fakta yang kami telah mengalahkan syarikat penerbangan perkhidmatan penuh ternama ini menunjukkan yang kami berada di landasan yang betul dan kami sangat berbangga dengan pencapaian Lalitha dan rakan sekerjanya.”

Inflight Asia Pacific Awards mengiktiraf produk atau perkidmatan IFEC yang berada di pasaran di seluruh rantau ini.

Setiap kategori anugerah diadili oleh panel pakar industri bebas dengan tujuan mengiktiraf kreativiti teknikal hebat yang dihasilkan sektor industri yang sentiasa berkembang pesat ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Muzik Zulin Aziz – DAN KETIKA ITU Trending di Youtube

Maya Karin Mencari Diri Menerusi GETAWAY