in

Maxis Perkenal MAXIS ZEROLUTION360

PENGALAMAN TANPA RISAU UNTUK SEMUA KEPERLUAN TELEFON ANDA DENGAN MAXIS ZEROLUTION360

• Pelanggan boleh mendapatkan telefon utama terbaharu dan pelan MaxisONE yang mereka inginkan, bersama dengan pelan perlindungan yang komprehensif

• Manfaat utama termasuk gantian peranti menyeluruh segera, perlindungan peranti penuh dan naiktaraf telefon setiap tahun

MAXIS ZEROLUTION360

Sama ada untuk menyemak dan membalas e-mel, perbankan, membeli-belah, perkhidmatan e-hailing atau mendapatkan arahan navigasi, telefon mudah alih adalah alat komunikasi yang amat penting dalam kehidupan seharian kita. Kini, kehilangan akses kepada telefon mudah alih adalah sesuatu yang bukan sahaja menyusahkan, tetapi tidak boleh lagi diterima.

MAXIS ZEROLUTION360

Hari ini, Maxis memperkenalkan cara yang baharu untuk menggunakan peranti dengan pelancaran Zerolution360, program keahlian telefon yang menawarkan pelanggan pengalaman 360 yang lengkap dan tanpa risau untuk semua keperluan peranti mereka – dari saat mereka mendaftar dan menggunakan telefon mereka, serta proses penyelenggaraan dan menaiktaraf pada masa hadapan.

Dengan Zerolution360, pelanggan boleh memilih mana-mana telefon utama terbaharu yang disediakan dan pelan MaxisONE yang mereka inginkan, tanpa bayaran pendahuluan dan tanpa kad kredit, serta pelan perlindungan yang komprehensif – untuk pengalaman peranti yang menyeluruh. Antara manfaat utama yang ditawarkan termasuk gantian peranti menyeluruh segera bagi telefon yang dicuri atau rosak, perlindungan peranti penuh serta naiktaraf telefon percuma setiap dua tahun dengan pilihan naiktaraf tahunan (dengan bayaran). Pelanggan yang mendaftar untuk program keahlian ini tidak perlu mendaftar ke pelan kontrak kami.

“Tidak boleh dinafikan bahawa telefon mudah telah menjadi sesuatu yang amat penting kepada kehidupan seharian kita; ia adalah sebuah alat yang menghubungkan kita kepada hal-hal berkaitan dengan kerja atau untuk urusan peribadi. Oleh itu, kehilangan akses ke peranti kami dalam keadaan apa pun adalah sesuatu yang tidak lagi boleh diterima. Melalui Zerolution360, kami menyediakan pelanggan pengalaman dan proses penyelenggaraan peranti tanpa risau yang menyeluruh, bukan hanya dengan memberi mereka kebebasan dan fleksibiliti untuk memiliki peranti dengan cara yang mereka inginkan, tetapi menawarkan pengalaman tanpa risau dimana mereka boleh menjalankan kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan,” kata Arjun Varma, Ketua Pascabayar Maxis.

MAXIS ZEROLUTION360

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar ke Zerolution360:

Pelanggan boleh memilih dari pelbagai jenis telefon utama dengan bayaran bulanan yang berpatutan (bayaran berbeza bergantung kepada harga peranti). Mereka juga boleh memilih antara dua pakej perlindungan, Asas dan Premium. Dengan pakej Premium, iaitu bayaran tambahan sebanyak RM10 sebulan, pelanggan akan mendapat khidmat pembaikan keutamaan dengan masa pembaikan yang lebih pantas, telefon pinjaman sementara, dan penggantian skrin percuma sekali.

Untuk mendaftar ke Zerolution360, lawati mana-mana Pusat Maxis atau Rakan Eksklusif Maxis di seluruh negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Zerolution 360, saksikan video ini https://youtu.be/x2ekonEIA00 atau lawati www.maxis.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Filem CINDERELLA AND THE SECRET PRINCE

Filem OLYMPUS HAS FALLEN