in ,

Filem OLYMPUS HAS FALLEN

Ejen rahsia Mike Banning mendapati dirinya terperangkap di dalam White House selepas serangan pengganas. Dengan menggunakan pengetahuan yang ada dalam dirinya juga demi keselamatan negara, beliau cuba untuk menyelamatkan Presiden dari penculiknya.

Kisah menarik penuh mendebarkan yang membariskan pelakon handalan seperti Gerard Butler, Aaron Eckhart, dan Morgan Freeman diangkat dalam filem inggeris bertajuk OLYMPUS HAS FALLEN yang bakal menemui penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 14 Ogos ini, pukul 9.30 malam menerusi TV2.

Filem OLYMPUS HAS FALLEN

Cubaan Selamatkan Presiden Dalam Filem Inggeris OLYMPUS HAS FALLEN di TV2 

Bertemakan jenayah peperangan, penculikan dan misi membalas dendam oleh sekumpulan askar gerila terhadap sebuah ketua kerajaan, filem arahan Antoine Fuqua ini penuh aksi mendebarkan dan menambah semangat kecintaan juga tanggungjawab terhadap negara.

Plot kisahnya bermula dengan memperkenalkan watak utama Mike Banning merupakan seorang agen perkhidmatan rahsia untuk presiden Amerika Syarikat, Benjamin Asher. Beliau berkhidmat dengan cemerlang dan penuh dedikasi dengan tugasannya. 

Namun satu hari nasib tidak menyebelahinya. Berlaku kejadian yang menyebabkan presiden hilang kepercayaan terhadap dirinya. Mereka telah terlibat dalam kemalangan kereta yang mengorbankan isteri presiden. Kesudahannya Mike telah ditukarkan ke jabatan lain. 

Filem OLYMPUS HAS FALLEN

Selepas 18 bulan berlalu, Presiden Asher menerima kunjungan hormat daripada presiden Korea Selatan di White House. Kebetulan Mike juga berada di tempat tersebut atas jemputan seorang rakannya. 

Ketika itu, tanpa diduga berlaku serangan pengganas daripada gerila Korea Utara yang menyamar dalam rombongan presiden Korea Selatan. Kejadian itu berlaku dalam sepantas kilat tanpa sempat mereka dapat mempertahankan diri.

Ketika rakan-rakan Mike terkorban dalam serangan tersebut, hanya tinggal Mike seorang sahaja yang berjuang berdasarkan kepada pengetahuan beliau tentang selok-belok White House. 

Tanpa bantuan dari luar, Mike cuba sedaya upaya untuk menghapuskan seorang demi seorang pengganas tersebut. Namun adakah dia berjaya menyelamatkan anak presiden tersebut?

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Maxis Perkenal MAXIS ZEROLUTION360

WIRA KASIH Drama Siri Persilatan di TV2