in

Maxis Menang Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest 2013

[dropcap]T[/dropcap]ahniah kepada Maxis kerana sekali lagi diiktiraf sebagai salah satu jenama yang paling dipercayai di rantau ini apabila ia menerima Anugerah Platinum di Majlis Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest 2013 bagi kategori Perkhidmatan Telefon dan Jalur Lebar.

[pullquote align=”right”]Maxis Memenangi Anugerah Platinum Di Majlis Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest 2013[/pullquote]

YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, Pengerusi Maxis, menerima anugerah tersebut daripada YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia pada satu majlis istimewa yang diadakan di Mandarin Oriental baru-baru ini. Kemenangan ini menandakan kali ke-enam Maxis menerima Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest, yang juga telah dimenangi oleh Maxis pada tahun 2010, 2009, 2008, 2007 dan 2005.

Mengulas mengenai kemenangan Maxis, Suren J Amarasekera, Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, berkata, “Maxis amat berbesar hati menerima Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest yang berprestij ini, yang telah diundi oleh para pelanggan. Kemenangan ini amat penting untuk kami kerana ia adalah bukti kepercayaan dan keyakinan para pelanggan terhadap jenama Maxis dan sekali gus akan mendorong kami untuk terus menawarkan mereka nilai dan pengalaman terbaik melalui perkhidmatan dan produk inovatif yang direka bentuk untuk memperkayakan kehidupan mereka.”

Maxis menerima Anugerah Platinum bagi kategori Perkhidmatan Telefon & Jalur Lebar. Kemenangan ini menandakan kali ke-enam Maxis menerima Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest. Maxis terus menawarkan para pelanggan nilai dan pengalaman terbaik melalui perkhidmatan dan produk inovatif yang direka bentuk untuk memperkayakan kehidupan mereka

Kajian Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest ini adalah ukuran utama bertaraf antarabangsa yang berasaskan pelanggan dalam mengukur pilihan yang paling digemari. Ia bertujuan untuk mengenal pasti jenama yang paling dipercayai oleh para pengguna di Asia dan menawarkan rujukan yang boleh dipercayai dan objektif kepada para pengguna di seluruh rantau ini. Kajian ini dijalankan di tujuh buah negara di Asia iaitu Malaysia, Hong Kong, India, Filipina, Singapura, Taiwan dan Thailand. Anugerah Jenama Yang Dipercayai Platinum dikhaskan untuk jenama yang mendapat markah tiga kali ganda atau lebih dari pesaing yang terdekat dan berada di kedudukan teratas bagi kategori masing-masing.

Selain daripada kemenangan di Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest, Maxis juga telah menerima beberapa pengiktirafan untuk jenamanya seperti ‘People’s Choice Putra Brand Icon’ di Anugerah Putra Brand 2013. Maxis juga diiktiraf sebagai salah satu penerima Jenama Paling Berharga atau ‘Malaysia’s Most Valuable Brand’ di Malaysia pada tahun 2012 dan turut menerima Anugerah BrandLaureate 2011-2012 yang dianggap sebagai ‘Anugerah Grammy’ untuk Penjenamaan, bagi kategori Jenama Terbaik untuk Telekomunikasi.

maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Zizan Razak Jawab Isu Tag Emma Maembong di Instagram

Drama Bersiri Autumn Di Hatiku Lakonan Kim Jin Sung