in

Zizan Razak Jawab Isu Tag Emma Maembong di Instagram

[dropcap]Z[/dropcap]izan Razak ada mengaku bahawa dirinya sudah jatuh cinta pada seorang gadis ketika majlis hari jadinya yang ke-29 lalu. Sampai sekarang, Budiey pun tak tahu siapa kekasih Zizan Razak yang sebenarnya. Ramai yang teka. Ada yang kata Zizan Razak bercinta dengan Emma Maembong.

[pullquote align=”right”]Tapi Zizan pernah nafi yang dia bercinta dengan Emma Maembong.[/pullquote]

Habis, siapa kekasih Zizan ya? Baru-baru ini sewaktu beliau berada di Paris sempena perlantikkannya sebagai duta Sony, Zizan ada berkongsi gambarnya di sana menerusi Instagram, buat tatapan para peminat di tanah. Apa yang menjadi perhatian ramai, dua daripada gambar tersebut turut di tag-kan kepada Emma. Lantas menguatkan lagi spekulalsi, jadi betullah mereka sebenar bercinta selama ini?

Kelmarin, semasa  rakaman Kecoh Pengacara Beraya anjuran TV3 bertempat di Plaza Alam Sentral, Shah Alam, pihak media sempat bertanya.

“Dia (Emma) suka banggunan-banggunan di Paris. Jadi saya tag-kan lah gambar-gambar tu pada dia. Tak ada isu pun. Sama juga kalau saya tag gambar pada orang lain. Emma pun hanya sebagai artis dibawah syarikat pengurusan saya.”

Sebelum dengan Emma, Zizan sebelum ini juga dikatakan pernah bercinta dengan pelakon Juliana Evans atau Jue malah hubungan mereka sehingga kini masih terjakin meskipuk aktres itu sekarang berada di luar Michigan, Amerika Syarikat kerana menyambung pelajarannya.

Untuk sekian kalinya menyangkal dakwaan itu, kata Zizan, dia dan Jue tidak pernah bercinta sebaliknya hubungan mereka berkekalan sehingga kini sebagai teman rapat.

“Saya dengan Jue tak pernah bercinta. Kami rapat. Memang tak dinafi, ciri-ciri yang ada pada dia, saya suka. Tapi untuk melamarnya sebagai kekasih, belum lagi. Sekarang ni banyak perkara lain yang harus saya fikirkan. Bukan masanya bercinta. Kerana kalau saya sudah mula bercinta, tumpuan saya hanya pada kekasih saya dan itu yang memungkinkan saya lalai dan mengabaikan tanggungjawab saya pada perkara lain.”

Dalam masa sama Zizan diminta mengulas mengenai isu dia kini dikatakan mempunyai masalah disiplin dan tidak memberikan kerjasama yang baik dengan pihak produksi.

“Kalau soal saya lambat ke set, saya akui perkara itu. Kadang-kadang saya terlewat disebabkan kesesakan jalan raya dan kerana terlalu letih. Tapi setakat ini saya sedaya upaya memberikan kerjasama yang baik kepada semua produksi. Kalau saya lewat, saya akan beritahu mereka. Kalau saya betul-betul letih, saya minta kebenaran utuk sampai lambat sikit dan mereka benarkan. Itu perkara biasa. Kalau saya ada salah dengan mana-mana pihak, saya minta maaf.”

ZIZAN RAZAK

Zizan Razak

Emma & Cha Cha Maembong

Emma Maembong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Benjy Mengaku Tidak Bersalah Memiliki Syabu

Maxis Menang Anugerah Jenama Yang Dipercayai Reader’s Digest 2013