in ,

Suara Hati Masya Masyitah Menerusi Lagu MAWAR TERBIAR

Penyanyi wanita kecil molek bersuara lantang yang berasal dari Kulim, Kedah dan merupakan juara Ceria Popstars 2014, Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff, 17, atau lebih dikenali dengan nama komersial Masya Masyitah muncul dengan single terbaharu setelah hampir tiga tahun menyepi.

Lebih dewasa dan sedikit lari daripada imej kebiasaan, Masya kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul ‘Mawar Terbiar’ hasil ciptaan penyanyi serta penulis lirik terkenal Akim Ahmad atau nama penanya Hang Nadim dengan komposer disegani Laq.

Lari Daripada Imej Sebelum, Pendekatan Lebih Dewasa Dan Matang Ditonjolkan Dalam Single Terbaharu

Pada tahun lepas, Masya berjaya mengharumkan nama Malaysia setelah dinobatkan pemenang tempat kedua bagi kategori vokal sewaktu bertanding di Hong Kong International Music Festival 2016 dengan menyanyikan lagu penyanyi popular dari Hong Kong iaitu Wang Lee Hom yang berjudul ‘Ni Bu Zhi Dao De Shi’ selain fasih dan mahir bertutur dalam bahasa Mandarin kerana mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Chio Min, Kulim, Kedah.

“Single ‘Mawar Terbiar’ sejujurnya tiada apa signifikasi dengan diri saya mahupun pengalaman lepas tetapi kerana tuntutan kerja saya harus menyelami perasaan seorang wanita yang ditinggalkan kekasih dan dibiarkan begitu saja setelah seluruh jiwa dan raga telah diserahkan kepada kekasihnya.

Namun begitu, saya nasihatkan kepada para wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati apabila bercinta sebelum mengenali hati budi seseorang agar sentiasa bersedia dengan apa jua yang bakal terjadi supaya tidak terlalu kecewa dan patah hati dikemudian hari.

Masya Masyitah Menerusi Lagu Mawar Terbiar

Proses rakaman single ‘Mawar Terbiar’ mengambil masa selama sehari untuk disempurnakan dan banyak pengalaman yang saya timba sewaktu bekerjasama dengan Akim dan juga Laq kerana mereka memberi tunjuk ajar serta feel yang diperlukan dalam menyampaikan ‘Mawar Terbiar’ supaya kendengaran telus dan menusuk ke jiwa.

Saya juga amat teruja apabila Rocketfuel Entertainment mempelawa saya untuk menjadikan saya sebahagian daripada keluarga besar mereka kerana seluruh team sangat mengambil berat tentang perkembangan saya dan sentiasa menyokong kerjaya saya.

Harapan saya bagi tahun 2018, semoga single ‘Mawar Terbiar’ diterima ramai dan bakal menjadi hit dan tidak sabar untuk menjayakan rangka promosi yang bakal dijalankan di seluruh Malaysia,” jelas Masya.

Menurut Adam Lobo, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records,

“Walaupun Masya masih baru dalam industri muzik Malaysia, saya percaya dengan bakat nyanyian beliau bukan sahaja dalam bahasa melayu tetapi juga kebolehan beliau menyanyikan lagu dalam bahasa Mandarin yang amat mengagumkan serta mendapat pujian ramai daripada rakyat Malaysia termasuklah yang berbangsa Cina. Ini menunjukkan penerimaan baik tentang cara nyanyian dan paling penting setiap patah perkataan yang disebutkan kedengaran jelas dan tidak kekok.

Saya berharap agar ‘Mawar Terbiar’ menjadi permulaan bagi kerjaya Masya dan berharap lagu ini dapat diterima ramai sebelum beliau mengorak langkah dan melangkau lebih jauh bukan saja di Malaysia bahkan negara Cina.”

Lagu ‘Mawar Terbiar’ boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video lirik dan muzik lagu ‘Mawar Terbiar’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

Artis : Masya Masyitah
Tajuk : Mawar Terbiar
Komposer : Laq
Lirik : Hang Nadim

VERSE 1
Kisah Hati Yang Dibiar Tidak Dipeduli
Bagai Mawar Disetelah Kumbang Pergi
Telah Ku Serahkan Segalanya
Namun Benci Yang Kau Beri

VERSE 2
Ku Hempaskan Jiwa Ini Ke Dalam Lautan
Lemas Aku Didasarmu Wahai Kasih
Sudah Ku Tepikan Semua
Hingga Aku Yang Terluka

CHORUS
Kamu Hanya
Membutakan Ku
Dengan Rasa Cinta Palsu

Aku Hanya
Di Permainkan
Lagi-lagi Hatiku Dihancur

Masya Masyitah Menerusi Lagu Mawar Terbiar

Copy Of Masyitahmasya 12

Masya Masyitah Menerusi Lagu Mawar Terbiar

Masya Masyitah Menerusi Lagu Mawar Terbiar

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bruno Mars & Cardi B Are Drippin’ In FINESSE On New Remix Collaboration

Ulasan Filem INSIDIOUS: THE LAST KEY dari Penonton