in , ,

Masya Masyitah Lancar Single Versi Melayu Berjudul REMUK

Juara Yippi Star Quest 2020 Hasilkan Single Mandarin ‘Jiu Meng Xin Su’ Dalam Bahasa Melayu Setelah Kejayaan Memberangsangkan

Penyanyi wanita cantik molek yang berasal dari Kulim, Kedah, dan merupakan Juara Yippi Star Quest 2020, Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff atau lebih mesra dengan sapaan Masya Masyitah tampil dengan single terbaharu berjudul ‘Remuk’ yang merupakan versi Bahasa Melayu buat single terdahulunya dalam Bahasa Mandarin iaitu ‘Jiu Meng Xin Su’.

“Alhamdulillah, hanya baru 3 bulan saja Jiu Meng Xin Su dilancarkan, penerimaan terhadap single solo Mandarin pertama Sya ternyata membuahkan hasil. Rata-rata, ramai yang mahukan Sya menyanyikannya dalam Bahasa Melayu pula.

“Pihak pengurusan iaitu Rocketfuel Entertainment mengambil keputusan untuk merakamkannya semula dalam Bahasa Melayu maka terlahirlah Remuk,”

– Masya Masyitah
Masya Masyitah Lancar Single Versi Melayu Berjudul REMUK

Seperti yang semua sedia maklum, Remuk atau Jiu Meng Xin Su merupakan ciptaan istimewa oleh penulis lirik dan komposer muzik hebat tempatan, Kai Kai, dan dihasilkan bersama oleh produser terkenal, Ong Peng Chu dalam genre slow rock.

“Lagu ini saya ciptakan khas buat Masya kerana kebolehannya menyanyi dalam bahasa Mandarin dengan fasih, manakala Peng Chu mahukan beliau menyanyikannya dengan stail slow rock ala Melayu bagi memberi kelainan terhadap lagu tersebut,”

– Kai Kai
Masya Masyitah Lancar Single Versi Melayu Berjudul REMUK

“Liriknya pada kali ini diolah dengan jalan cerita yang berbeza namun dengan pengakhiran yang menyayat hati oleh penulis lirik terkemuka negara, saudara Siso dengan produser berpengalaman, Sharon Paul.

“Dalam Remuk, ia menceritakan tentang perasaan seorang isteri yang dinikahi suaminya tanpa perasaan cinta. Sang suami menghawini isterinya kerana perasaan ego yang menebal dengan tidak mengendahkan perasaan sang  isteri.

Akan tetapi, sang isteri tetap cuba mendekati sang suami hari demi hari, akhirnya terpaksa akur dan memendam perasaan, ibarat terjerat dalam sangkar emas tanpa sekelumit rasa bahagia.

“Hati Sya terus terpaut apabila mendengar demo lagu asal ditambah dengan jalan ceritanya yang menyentuh hati.

Encik Feros yang membuat keputusan agar pihak RocketFuel Entertainment menerbitkan lagu ini, dan beliau jugalah yang bertanggungjawab mencadangkan agar lagu ini dinyanyikan semula dalam Bahasa Melayu.

– Masya Masyitah

Menurut Encik Jipie, selaku Ketua Label & Penerbitan RocketFuel Entertainment yang baharu, “Masya merupakan penyanyi muda yang berbakat besar dan kemampuannya menyanyi dalam Bahasa Mandarin sudah pun diakui apabila beliau menjuarai Yippi Star Quest 2020 mengalahkan 3,000 peserta lain serata Asia.

“Saya berharap agar single Remuk diterima ramai sebagaimana single Jiu Meng Xin Su dan mendapat tempat di hati para pendengar rempatan.

Encik Jipie

Proses rakaman yang hanya memakan masa selama satu hari berlangsung dengan lancar takala negara masih lagi dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Harapan Sya adalah agar single Remuk mendapat sambutan ramai sebagaimana single yang terdahulu, dan Sya juga masih berharap jika ada peluang dan rezeki, hasil karya Sya dapat menembusi pasaran negara China pada satu hari nanti.”

– Masya Masyitah

Lagu ‘Remuk’ boleh dimuat turun di iTunes Store dan dijadikan sebagai nada dering panggilan menerusi ke semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengar dan nikmati pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer, manakala video muzik (MV) single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube RocketFuel Network.

Masya Masyitah Lancar Single Versi Melayu Berjudul REMUK

Tajuk : REMUK (Jiu Meng Xin Su)

Artis : Masya Masyitah

Penulis Lirik : Siso

Penerbit : Sharon Paul

Remuknya di dalam hatiku

Selama hidup di sisimu

Tidak tertanggung

Rasa pedih

Biarpun dalam mahligai 

Benarlah bukannya diriku

Puteri cinta di hatimu

Sedari dahulu

Aku hanya

Cumalah hiasan hidup egomu…

Bila selangkah ku dekati

Seribu langkah kakimu

Jauh menghindari

Terasa hinanya

Diriku di matamu

Tapi kenapa jua aku kau nikahi

Remuk di dalam batinku 

Bilaku mengenang janjimu

Nyatanya semua 

Lafaz dusta

Menjerat mencalar hati jiwaku

Bila selangkah ku dekati

Seribu langkah kakimu

Jauh menghindari

Bebaskan diriku

Dari sangkarmu 

Apa guna bersama jika tak berharga

Bila selangkah ku dekati

Seribu langkah kakimu

Jauh menghindari

Bebaskan diriku

Dari sangkarmu 

Apa guna bersama jika tak berharga…

Masya Masyitah Lancar Single Versi Melayu Berjudul REMUK

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Firdaus Wong Lapor Polis Difitnah Sebar Gambar Video Lucah Melalui Telegram

Saluran YouTube Nabila Razali Sudah Dapat Ditonton Kembali