in ,

Rentas Negeri Balik Kampung untuk Beraya Penyanyi Masya Masyitah Disiasat Polis

Polis menjalankan siasatan terhadap penyanyi, Masya Masyitah yang didakwa pulang ke kampung halaman di sini, dari Kuala Lumpur menggunakan surat merentas negeri ibunya.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, beliau mengarahkan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk menjalankan siasatan berhubung perkara itu. Beliau berkata, berdasarkan maklumat, artis terbabit didakwa pulang ke kampung menggunakan surat kebenaran merentas negeri pasangan jarak jauh disebabkan ibu dan bapanya tinggal berjauhan.

“Setakat ini saya boleh katakan, siasatan masih dijalankan dan kita akan tengok adakah benar apa yang ditularkan di Facebook (FB).

“Sekiranya ada unsur yang menyalahi undang-undang, tindakan tegas akan diambil terhadap artis terbabit,” katanya selepas melakukan pemeriksaan kenderaan di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Lunas, di sini hari ini.

Masya Masyitah

Media sebelum ini melaporkan, Masya Masyitah atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd Yusoff memohon maaf dan memberi penjelasan mendapat ‘lampu hijau’ daripada pihak berkuasa untuk pulang ke Kulim atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

Selepas mendapat pelepasan rentas negeri yang dimohon ibunya, secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarga selepas mereka terpisah dengan bapa serta adik beradik berikutan tidak boleh merentas negeri pada sambutan raya tahun lalu.

Bagaimanapun, penjelasan artis menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang mendakwa dia mengambil kesempatan merentas negeri menggunakan tiket kebenaran ibunya.

*Sumber: Harian Metro

Masya Masyitah

Polis Siasat Artis Balik Beraya di Kulim

Polis menyiasat paparan tular di Facebook mengenai seorang artis  wanita yang didakwa merentas negeri bersama ibunya untuk pulang beraya di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, pihaknya mendapati ibu artis terbabit mendapat kebenaran merentas negeri sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) dari ibu negara.

“Kita difahamkan artis terbabit menggunakan kebenaran merentas negeri ibunya itu untuk pulang berhari raya,” katan beliau pada sidang akhbar di sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) di sini, hari ini.

Terdahulu Azhar bersama anggota dan pegawai polis mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah  bagi memantau pematuhan larangan  ziarah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di sekitar Lunas di sini.

Terdahulum heboh di media sosial  melaporkan, penyanyi, Masya Masyitah atau nama sebenarnya Siti Nurmasyitah Mohd. Yusoff memohon maaf dan memberi penjelasan mendapat lampu hijau daripada pihak berkuasa untuk pulang ke Kulim  atas tiket ibu bapa sebagai pasangan jarak jauh.

Selepas mendapat pelepasan rentas negeri yang dimohon ibunya, secara tidak langsung dia juga berpeluang menyambut Aidilfitri bersama keluarganya di Kulim.

*Sumber: Utusan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahniah! Hacker Malaysia Diangkat Jadi ‘Wira’ Selepas Godam Pangkalan Data Israel

Tambah ‘Anak Baharu’, Bila Giliran Hael Husaini Nak Berdua-Duaan Dengan Isteri Pula?