in ,

Masih Jalani Kuarantin, Ebit Lew Pakai PPE Jumpa Bapa Terlantar Hidap Kanser Tahap Akhir

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi perkembangan kesihatan terkini bapanya yang kian merosot akibat penyakit kanser perut.

Baru sahaja pulang dari Gaza minggu lalu, Ustaz Ebit Lew kembali ke Malaysia selepas berjaya dalam misi kemanusiaan di Gaza. Ketika ini, beliau masih lagi menjalani kuarantin mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan.

Menerusi satu perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit Lew diberi peluang untuk berjumpa dengan bapanya yang menghidap kanser perut tahap akhir walaupun sekejap dengan syarat lengkap berpakaian PPE dan ujian COVID-19 menunjukkan negatif.

Menurutnya, sel kanser sudah merebak ke seluruh badan serta memohon agar orang ramai mendoakan buat bapanya. Beliau meminta maaf kerana tidak dapat menjaga bapanya yang terlantar sakit kerana perlu menjalani kuarantin dan turut berterima kasih kepada adik-beradiknya yang lain.

Ebit Lew

Malah, Ustaz Ebit Lew berdoa jika ada sedikit pahala di atas kebaikan dilakukannya hadiahkanlah kepada bapanya agar dikurangkan kesakitan. Sebelum ini, bapanya turut sempat memberikan pesanan kepadanya ketika masih sedar supaya meneruskan kerja dengan melakukan misi bantuan kemanusiaan. Sama-sama kita doakan bapa Ustaz Ebit Lew dikurangkan kesakitan.

Beliau turut memohon maaf kerana tidak dapat menjaga bapanya yang sedang sakit dan mengucapkan terima kasih kepada adik-beradiknya yang lain kerana menjaga bapa mereka.

Ebit yang baru pulang dari Gaza, Palestin turut mengimbau pesanan bapanya yang meminta beliau meneruskan misi membantu insan dalam kesusahan.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya Allah angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya. Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila.

– Ebit Lew

Ebit berkata sebelum ini bapanya sempat memberikan pesanan kepada ketika masih sedar supaya meneruskan kerja dengan melakukan misi bantuan kemanusiaan.

Ebit Lew

“Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya. Ya Allah jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang kulakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya Allah,” tulisnya.

– Ebit Lew

Lebih sebak, Ebit turut berdoa jika ada sedikit pahala di atas kebaikan dilakukannya hadiahkanlah kepada bapanya agar dikurangkan kesakitan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Vida 2020 | 23

Datuk Seri Vida Dikecam Netizen Label Orang Kibar Bendera Putih Sebagai Pemalas

Noor Hisham Covid | 24

PH Dedah Ciapan Noor Hisham Semalam Membimbangkan, Mujur Dr Hisham Dah Padam Balik