in ,

Datuk Seri Vida Dikecam Netizen Label Orang Kibar Bendera Putih Sebagai Pemalas

Kempen kibar bendera putih sebagai isyarat memerlukan bantuan adalah inisiatif yang menjadi perbualan hangat netizen dan rata-rata rakyat Malaysia telah memulakan langkah dengan menghulurkan bantuan kepada mereka yang susah.

Kempen kibarkan bendera putih di hadapan rumah sekiranya terputus bekalan makanan mula mendapat perhatian warganet. Kempen yang disambut baik pengguna media sosial itu adalah untuk membantu individu yang terkesan akibat pandemik Covid-19 namun malu menyatakannya secara terbuka.

Semenjak negara kita melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai di kalangan rakyat terjejas daripada segi pendapatan sehingga ada di antara kita terpaksa mengangkat bendera putih demi memohon bantuan.

Terbaharu, Datuk Seri Vida telah memuat naik video di TikTok dimana menunjukkan beliau singgah membeli di sebuah gerai anak muda di kawasan perumahan. Menerusi video tersebut, beliau turut menjawab pertanyaan pengikutnya yang memohon bantuan makanan.

DSV pada awalnya dilihat membuat video tersebut untuk menjawab soalan salah seorang followers yang meminta sumbangan kerana terjejas pendapatan dan tidak mampu membeli susu anak.

@datoserividaofficial

Reply to @azierarizqin TIPS2. ATAS DIRI SENDIRI..NAK MAJU KENA ADA USAHA..#fyp #viral #pkp #malaysia #datoserivida

♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUT

Dia kemudian memuji pemilik gerai tepi jalan yang dikunjunginya kerana rajin berusaha mencari pendapatan di musim PKP dan tidak mengharapkan bantuan orang lain dengan mengibarkan ‘bendera putih’.

Janganlah guna alasan PKP pendapatan terjejas nak beli pampers anak tokleh. Usaha! Tengok adik ni usaha. Sejak bila berniaga depan rumah ja ni?

“Berapa pendapatan adik? Haa 200-250 ko mampu? Janji ada keinginan, janji ada usaha dan yang pentingnya kena menu sedap dan bersih. Saya singgah ni sebab bersih, kalau tak bersih aku tengok dari jauh lagi… bye! 

“Pehe dok? Usaha, jangan dok pemalas mengharap bantuan bendera putih jah,”

– Dato Seri Vida

Menurutnya, seharusnya mereka yang terjejas diluar sana berusaha keras daripada bergantung dengan bantuan bendera putih dan bukannya menjadikan pendapatan terjejas disebabkan PKP sebagai alasan. Beliau turut memuji usaha anak muda yang berniaga dalam videonya itu.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi netizen dan rata-rata netizen berasa kurang senang dengan pendapatnya itu. Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan jika tidak mahu membantu tidak perlu memperlekehkan mereka yang susah.

Vida

Ada netizen berkata, mereka bukanlah pemalas tetapi tidak mempunyai modal untuk berniaga seperti pemilik gerai yang diperkatakan DSV tersebut.

Walau bagaimanapun ada yang mengambil kata-kata DSV tersebut sebagai perkara positif untuk terus berusaha dan mencari jalan demi mendapatkan pendapatan semasa musim PKP ni.

Malah, para netizen turut mengatakan mungkin kempen bendera putih adalah pilihan terakhir mereka yang susah. Sedangkan makanan pun tiada, mana mereka nak ada modal untuk berniaga.

Di Twitter, ramai yang mengecam DSV kerana komennya yang tidak sensitif kepada yang benar-benar dalam kesusahan.

Sementara itu, di Instagramnya DSV, beliau berharap orang ramai tidak terasa dengan apa yang dinasihatkan.

“Jangan mudah terasa, hadam dulu, faham maksud, bukan fikir negatif. Saya pun mula dari bawah,”

– DATO SERI VIDA

Kempen #BenderaPutih bermula minggu lalu kerana ekonomi yang semakin terjejas akibat Covid-19 yang terus memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang tidak mampu membeli makanan dan keperluan asas.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aman Nassim | 23

COF LOCKSTAR Program Realiti Cari Bakat Nyanyian Menampilkan Empat Penyanyi Sebagai Juri

Ebit Lew | 24

Masih Jalani Kuarantin, Ebit Lew Pakai PPE Jumpa Bapa Terlantar Hidap Kanser Tahap Akhir