in

MALAM SABTU lebih menarik di 8TV!

Untuk menonton filem, anda tidak semestinya harus memandu kereta dalam penuh kesesakan, mencari tempat untuk meletakkan kereta, beratur panjang untuk membeli tiket dan mengeluarkan duit untuk menontonnya, bagaimana pula dengan menonton filem dengan selesa hanya di rumah anda? Kini anda boleh kerana pada bulan Mac ini 8TV akan menemani malam minggu anda dengan 4 barisan filem yang menarik dan terbaik khas untuk penonton setianya.

CINDERELLA
Tarikh siaran : 6 Mac 2010
Masa : 8.30malam

Hyeon-su merupakan seorang gadis yang hidup seperti gadis biasa yang lain. Rakan-rakannya terdiri dari gadis yang sangat obses akan kecantikan paras rupa mereka. Mereka sangat bertuah kerana ibu Hyeon-su, Yoon-Hee adalah seorang pakar pembedahan plastik, namun mereka tidak memikirkan keburukan dan risiko di sebalik hasil pembedahan itu. Setelah pembedahan dilakukan, mereka dihantui dengan pelbagai gangguan dan trauma. Yoon-Hee seperti merahsiakan sesuatu di sebalik gangguan paranormal yang telah menghantui pesakit beliau. Maka dengan itu, Hyeon-su telah mengambil langkah untuk merungkai kesengsaraan yang dihadapi oleh kawan-kawanya sebelum perkara yang lebih buruk berlaku. Semua orang di dunia ini berkejar-kejar untuk memiliki kecantikan yang sempurna, tetapi adakah mereka memikirkan risiko yang akan diterima pada masa hadapan? Filem ngeri dari Selatan Korea ini akan secara perlahan menusuk kulit serta menggentarkan jiwa anda.

Dibintangi oleh : Sin Se Kyung, Do Ji Won

FIRST LOVE UNLIMITED
Tarikh siaran: 13 Mac 2010
Masa : 8.30malam

Percintaan yang indah antara Gai Hong, kurang dari segi kewangan, bersama Ah Top, seorang gadis dari keluarga berada. Perbezaaan harta dan pangkat, tetapi secara fizikal dan hati, mereka bersatu. Pada mulanya Gai Hong telah menyembunyikan keadaan sebenar dirinya, dan ketulusan percintaan mereka teruji apabila kebenaran telah terbongkar. Kesemuanya berjalan lancar sehinggalah ibu Ah Top mengetahui dan menghalang tegas hubungan yang terjalin antara mereka berdua. Adakah cerita cinta moden Romeo dan Juliet ini akan berjaya menghalangi pelbagai cabaran yang mendatang ataupun cinta mereka terlerai begitu sahaja? Saksikan sendiri suka duka dan pahit manis percintaan remaja ini.

Dibintangi oleh : Sin Se Kyung, Do Ji Won

THE PROMISE
Tarikh siaran: 20 Mac 2010
Masa : 8.30malam

Qingcheng seorang gadis yang bercitarasa tinggi berpeluang menemui seorang Dewi yang dapat memberikan dan memenuhi kemahuan beliau untuk memperolehi kehidupan mewah dan menajdi perempuan yang paling cantik di tanah kelahiran beliau. Namun antara syarat-syarat yang dikenakan oleh Dewi iti terhadap Qincheng ialah dia tidak boleh mendapat cinta sejati. Tanpa rasa ragu, Qincheng bersetuju dengan syarat itu kerana keinginan beliau yang meluap-luap untuk menjadi gundik Raja. Dalam masa yang sama General Guangming yang pergi berperang, terpaksa kembali ke istana dengan segera untuk menyelamatkan Raja kerana mendapat berita bahawa raja yang memerintah negeri telah ditawan oleh pengkhianat negara yang bernama Duke Wuhuan. Namun di dalam perjalanan pulang, Guangming telah diserang oleh pembunuh upahan dan beliau tercedera teruk. Guangming kemudian memerintahkan hambamya Kunlun menerajui askar dan pulang ke istana untuk menyelamatkan Raja. Oleh kerana Kunlun tidak mengenali rupa Raja yang sebenar, Guangming memberitahu Kunlun untuk mengenali yang mana satu Raja dengan mencari orang yang tidak menggunakan senjata. Apabila Kunlun sampai ke istana, beliau ternampak Qincheng yang tidak bersenjata dan menyelamatkan Qincheng dari diserang kerana beranggapan Qingsheng adalah Raja. Kunlun dan Qingcheng jatuh cinta pandang pertama, mereka cuba melarikan diri namun terkepung ditebing curam oleh Wuhuan dan askar-askarnya. Apakah yang akan terjadi kepada mereka berdua? Dapatkah Qingsheng menemui cinta sejati?

Dibintangi oleh : Jang Dong-Gun, Cecilia Cheung , Hiroyuki Sanada, Nicholas Tse and Chen Hong

POLICE STORY
Tarikh siaran: 27 Mac 2010
Masa : 8.30malam
Inspektor Chan Ka-Kui menerima arahan untuk melindungi setiausaha penjenayah Chu Tao, Salina Fong. Salina adalah kunci utama untuk menahan Chu Tao ke penjara dan mengheretnya ke mahkamah. Apabila Salina mendapat tahu dirinya diperdaya dan ingin dipergunakan, dia mengambil keputusan untuk tidak bekerjasama dengan Ka Kui dan menyelinap keluar semasa Ka Kui sedang tidur. Malah Salina juga tidak menghadirkan diri ke mahkamah pada hari berikutnya dan membenarkan Chu Tao dibebaskan dengan ikat jamin. Untuk membalas dendam, Chu Tao sudah mengupah seorang polis untuk meletakkan Ka Kui dituduh atas kes pembunuhan. Ka Kui sedaya upaya ingin menumpaskan Chu Tao untuk membersihkan namanya dan juga menyelamatkan Salina daripada penjahat itu. Anda tidak akan dapat berganjak dari tempat duduk dengan menyaksikan filem hebat ini yang penuh dengan aksi-aksi berkesan, perlumbaan kereta, pergaduhan serta diselitkan juga elemen komedi
Dibintangi oleh : Jackie Chan, Maggie Cheung, Brigitte Lin

Jangan lupa temu janji hari Sabtu anda dengan filem-filem menarik di 8TV!.

Pastikan anda duduk berehat bersama keluarga setiap Sabtu, jam 8.30malam hanya di 8TV. Anda juga boleh menonton 8TV melalui stesen Astro di saluran 708.

Sekarang, anda juga boleh menonton rancangan kegemaran anda melalui telefon gengam dengan melayari laman mobile.8tv.com.my !

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Sensasi Selebriti – Filem Valentine’s Day

Peserta Wanita Kuasai Bintang Ai-Minnal 1Malaysia