in , ,

Tentang Anugerah Lawak Warna Yang Pertama Kali

Pejam celik-pejam celik, malam ni sampailah masanya Majlis Anugerah Lawak Warna anjuran Astro berlangsung di Istana Budaya, Kuala Lumpur.

Mamat Khalid

Budiey turut dijemput untuk menyaksikan anugerah pertama kali ini secara live. Tak perlu diceritakan lebih lanjut, majlis anugerah mengiktiraf bakat komedi tempatan ini bakal dihadiri oleh selebriti popular. Majlis Anugerah Lawak Warna bakal diadakan di Istana Budaya dan disiarkan secara langsung di saluran Astro WARNA (132) dan Mustika HD (134).

Pada malam ini, Budiey akan buat liputan di Anugerah Lawak Warna yg akan diadakan di Teater Selangor, Shah Alam. Jangan lupa utk mengikuti #LiveUpdate dari Budiey di Instagram, Twitter, Facebook, Budiey.com & Youtube Channel www.youtube.com/budiey27   Sel

Dalam kategori filem, saingan sengit pasti berlaku kepada dua buah filem iaitu Istanbul Aku Datang dan Rock Oo. Filem arahan Bernard Chauly, Istanbul Aku Datang dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Lisa Surihani, manakala filem Rock Oo arahan Mamat Khalid dibintangi oleh Que Haider, Khir Rahman dan Pekin Ibrahim.

Budiey meramalkan pelakon Que Haider (Rock Oo) dan Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang) bakal membawa pulang trofi Pelakon Komedi Lelaki dan Wanita Terbaik dalam kategori filem.

Dua jaguh pengarahan, Mamat Khalid dan Bernard Chauly turut bersaing sengit dalam kategori Pengarah Komedi Terbaik (Filem). Kelebihan dilihat berpihak kepada Mamat Khalid yang berjaya menggarap filem Rock Oo dengan berkesan dan menampilkan visual era 80an dengan cemerlang.

Anugerah Lawak Warna

Melihat kepada senarai pencalonan, boleh disimpulkan bahawa pencalonan terpecah kepada komedi kelas pertama dan komedi kelas ekonomi. Komedi yang menjadi tarikan masyarakat berbanding komedi bijak yang sukar dekat dengan penonton.

Apa pun tanggapan yang diberikan, Anugerah Lawak Warna telah membuka satu jalan penting kepada penggiat seni genre komedi untuk lebih meningkatkan kualiti karya mereka.

Kategori terbaik bakal dinilai oleh juri profesional, manakala penonton diberikan kuasa menerusi undian SMS untuk menentukan pemenang dalam kategori popular.

Berikut merupakan senarai penuh pencalonan akhir Anugerah Lawak Astro.
(Jangkaan pemenang oleh Astro AWANI ditandakan #)

Kategori Terbaik

1. Filem Komedi Terbaik
Adnan Sempit 2
Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
Pontianak Vs Orang Minyak
Rock oo #
Istanbul Aku Datang

2. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)
Zizan (Hantu Kapcai)
Johan (Ponti vs Orang Minyak)
Shaheizy Sam (Adnan Sempit 2)
Along (Adnan Sempit 2)
Que Haidar (Rock Oo) #

3. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)
Intan Ladyana (Adnan Sempit 2)
Sharifah Amani (Ponti vs Orang Minyak)
Lisa Surihani (Istanbul Aku Datang) #
Yana Shamsudin (Wawa Semput)
Sharifah Shahira (Ponti vs Orang Minyak)

4. Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)
Johan (Super Spontan)
Yus Jambu (Karoot Komedia)
Azhar Sulaiman (Keluarga Iskandar)
Sabri Yunus (Kampung Semarah Padi) #
Saiful Apek (Syok : Balik Balik Rempit)

5. Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)
Susan Lankaster (Keluarga Iskandar) #
Scha Al Yahya (Jodoh)
Jasmin Hamid (Bila Joyah Masuk TV)
Norkhiriah (Mak Sanggup)
Sheila Mambo (Kampung Semarah Padi)

6. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bersiri)
Karoot Komedia #
Syok
Maharaja Lawak Mega 2012
Kaunter Kaboom
Hot TV

7. Siri TV Komedi Terbaik
Sepahtu
Jodoh
Senario
Udin Glamor Balik Kampung
Keluarga Iskandar #

8. Siri Komedi Kanak-Kanak TV Terbaik
Geng Bas Sekolah S5
Elly & Epit
Oh! My English #
Kan Dah Kena S1
Super Smash

9. Rancangan Komedi Hiburan Terbaik (Bukan Bersiri)
Warna Raya 2012
Aaron Dan Zizan Beraya Sampai Pengsan
Bimbi Dan Bonni
Kampung Semarah Padi #
Bila Joyah Masuk TV

10. Lakon Layar Komedi Terbaik (Filem)
Adnan Sempit 2
Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
Pontianak Vs Orang Minyak
Rock oo #
Istanbul Aku Datang

11. Lakon Layar Komedi Terbaik (TV)
Jodoh
Bimbi Dan Bonni
Cikgu Timah Tukar Sekolah
Kampung Semarah Padi #
7 Dulang Asam Pedas

12. Skrip Komedi TV Terbaik
Wan Hasliza (Jodoh)
Amaz Mazilan (Cikgu Timah Tukar Sekolah)
Megat Fauzi Sukarnain (Kampung Semarah Padi) #
Nazlee Jaafar (7 Dulang Asam Pedas)
Michael Ang (Bimbi Dan Bonni)

13. Skrip Komedi Filem Terbaik
Adnan Sempit 2
Hantu Kak Limah 2 Husin Mon & Jin Pakai Toncit
Pontianak Vs Orang Minyak
Rock oo #
Istanbul Aku Datang

14. Pengarah Komedi Terbaik (TV)
Melissa Saila (Kampung Semarah Padi) #
Azizi Chunk Adnan (7 Dulang Asam Pedas)
Wan Hasliza (Jodoh)
Michael Ang (Bimbi Dan Bonni)
Azhar Khalid Apache (Cikgu Timah Tukar Sekolah)

15. Pengarah Komedi Terbaik (Filem)
Ismail Bob Hasim (Adnan Sempit 2)
Mamat Khalid (Hantu Kak Limah 2 Husin, Mon & Jin Pakai Toncit)
Afdlin Shauki (Pontianak Vs Orang Minyak)
Mamat Khalid (Rock oo) #
Bernard Chauly (Istanbul Aku Datang)

Kategori Popular

1. Artis Lawak Lelaki Paling Popular
Dato’ AC Mizal
Zizan Razak #
Johan
Jep Sepah
Yus Jambu

2. Artis Lawak Wanita Paling Popular
Jihan Raja Lawak
Norkhiriah
Sharifah Shahirah
Scha Al Yahya
Didie Alias #

3. Segmen Komedi Radio Paling Popular
Sketsa JoHaRa
Lagu Merapu
Sepontan ERA
Gosip Mossip Mak Jemah #
Panggilan Hangit

4. Video Viral Original Paling Popular
Samad Maccaboy – Video Hangat di Malaysia (Parody)
megatmiqael – Gwiyomi Paling Gangster
popteevee – The Dendamers (The Avengers Parody)
EdsynEngineUp – Malaysian Lady Driver
matluthfi90 – Drama-Drama Sebelum Kahwin #

5. Anugerah Khas Juri
Akan diumumkan pada malam Anugerah Lawak Warna

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Emma Maembong dalam Drama Bersiri 3 Nenek 3 Dara

Gambar Selebriti di Anugerah Lawak Warna 2013