in ,

Selebriti Popular di Anugerah Lawak Warna 2015

Anugerah Lawak Warna 2015, sebuah majlis anugerah berprestij untuk mengiktiraf dan menghargai usaha dan pencapaian cemerlang individu dan pihak produksi yang terlibat dalam bidang komedi sama ada di televisyen mahupun di layar perak kembali lagi untuk tahun penganjuran yang keempat bertemakan ‘Celebration’.

Tahun ini juga bakal menyaksikan sebanyak 13 buah anugerah terbaik, empat anugerah popular dan satu anugerah khas juri menjadi rebutan. Untuk kategori anugerah terbaik, keputusan adalah dinilai berdasarkan pilihan juri professional. Manakala untuk kategori anugerah popular pula dipilih berdasarkan undian peminat. Siapakah yang bakal dinobatkan untuk tahun ini? Sama-sama kita ketahui kelak.

Siaran Langsung malam Komedi Berprestij “Anugerah Lawak Warna 2015” pada hari Jumaat, 21 Ogos 2015, jam 7.30 malam @ Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang. Rakaman acara Karpet Merah akan berlangsung tepat jam 7.30 malam. Manakala acara kemuncak Anugerah Lawak Warna pula akan berlangsung tepat jam 9.00 malam.

Antara selebriti terkenal tanah air yang bakal mewarnai majlis gilang gemilang ini kelak termasuklah Zizan Razak, Aaron Aziz, Nur Fazura, Dato’ AC Mizal, Sherry Al Hadad, Zulin Aziz, Dato’ Yusof Haslam, Douglas Lim, Johan, Azlee Senario, Sathia, Khatijah Tan, Imuda, Kin Wah, Adeline Tsen, Shaheizy Sam, Siti Saleha, Mia Sara, Remy Ishak, Shuib Sepahtu, Sari Yanti, Nelydia Senrose, Uqasha Senrose, Raysha Rizrose, W.A.R.I.S, Mimi One Nation Emcee, Sharnaaz Ahmad, Noor Neelofa, Hanis Zalikha, Feeya Iskandar, Salleh Yaacob, Krill, Afdlin Shauki, Awie, Dira Abu Zahar, Dato’ Rahim Razali, Datin Paduka Umie Aida serta ramai lagi.

Budiey.com akan turut hadir dan akan buat liveupdate di anugerah ini. Jangan lupa follow kami di media sosial Instagram, Twitter dan Facebook.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Main Wayang: Hikayat Sang Kancil Buka Tirai Festival Seni Yayasan Sime Darby 2016

Betul Ke Nora Danish & Nedim Berpisah?