in

Anugerah Lawak Warna 2015 Bakal Umum Top 5 & Pengacara

Sebanyak 13 Anugerah Terbaik, empat Anugerah Popular dan satu Anugerah Khas Juri bakal menjadi rebutan. Penganjuran untuk tahun yang ketiga ini mengekalkan kredibiliti Anugerah Lawak Warna 2015 (ALW 2015) sebagai sebuah majlis anugerah berprestij dan paling ditunggu-tunggu para peminat komedi tanahair.

Majlis Sidang Media Anugerah Lawak Warna 2015 pada hari esok di sebuah hotel terkemuka di ibu kota untuk pengumuman barisan pengacara, senarai Top 5 dan segalanya yang berkenaan ALW 2015.

Antara para pelawak dan pelakon komedi serta barisan selebriti terkenal tanahair yang dijangka akan hadir seperti Dato’ AC Mizal, Zulin Aziz, Sherry Alhadad, Fizz Fairuz, Azizah Mahzan, Sharnaaz Ahmad, Mamat Khalid, Shaheizy Sam, Yana Samsudin, Jihan Muse, Remy Ishak, Syafiq Kyle, Adlin Aman Ramlie, Didie Alias, Amyza Aznan, Arja Lee, Liza Abdullah dan Nadiya Nisaa.

Tidak ketinggalan Jep Sepahtu, Shuib Sepahtu, kumpulan ZERO, Ajak Shiro, Shahrol Shiro, kumpulan BOCEY, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Ebby Yus dan ramai lagi.

Agak-agak siapakah agaknya pengacara Anugerah Lawak Warna 2015 kali ini? Korang rasa?

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Projek Istimewa Ramadan CFM Agih Bubur Lambuk

Budiey Makeover Pembaca di John Master Confident Men 2015