in , ,

Magik Mila Bakal Menjuarai AF5?

Mila… namanya agak sunyi ketika Akademi Fantasia 5 membuka tirai. Seolah Mila pada awalnya adalah pelajar picisan yang tidak ramai menggamit peminat.

Suara lunak merdunya tidak menjana tarikan yang segah mana. Buktinya, Mila tidak mempunyai kelab peminat seawal penubuhan kelab peminat Heliza dan Dafi. Mengapa ini berlaku?

Segalanya berubah dari minggu ke minggu, vokal Mila menampakkan satu kualiti yang berhasil. Kita telah saksikan pada malam ini Mila telah melalui fasa peningkatan yang begitu ketara. Saya kagum dengan pencapaian Mila.

Suaranya sudah matang dan mempunyai tone yang dikehendaki dalam industri muzik tempatan. Lagu pop dan balada seolah menagih sentuhan suara Mila selepas ini.

Keselesaan Mila ketika mendendang lagu Pudar (Rossa) dengan gerak tari keceriaan serta vokal yang mantap bikin ramai yang jatuh hati dengan Mila. Bukan setakat itu sahaja, Mila mencatas halangan demi halangan.

Ternyata untuk lagu duetnya, My Heart bersama Ebi terus membuka laluan cemerlang dengan persembahan dramatis yang cukup romantis. Satu-satunya aksi roman percintaan yang tidak terduga, kreatif dan inovatif dari Mila & Ebi.

Begitu menjadi dan cocok sekali. Secara umumnya, Mila akhirnya meletop dengan magik memberangsangkan dalam konsert ke 9 ini. Syabas Mila! Sebagaimana yang diduga, Mila menerima biasiswa yang lumayan untuk ke pentas akhir minggu hadapan. Tahniah!

Mungkinkah Mila akan melakukan magiknya lagi? Mungkinkah magik Mila bakal menggendong Mila kepada trofi kejuaraan AF5? Kalaulah benar menjadi realiti, nampaknya kita terpaksa akur, juara AF5 dimiliki oleh pelajar perempuan.

Dan ini yang anda ingin lihat bukan? Kita dah jemu melihat klisenya 4 juara berderet-deret digondol oleh kaum Adam, mengapa tidak kali ini anda naikkan nama Mila sebagai juara? Anda bersetuju? Teruskan mengundi Mila!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Siti Nurhaliza Bersama Datuk Khalid di A million Thanks to Everyone – Aizat

Lagu Joget Pahang dari Datuk Siti Nurhaliza di Event Aizat Amdan