in , ,

Lagu Joget Pahang dari Datuk Siti Nurhaliza di Event Aizat Amdan

Di Majlis Meraikan Peminat & Penyokong Aizat pada hari Ahad lalu (13 Mei), Datuk Siti Nurhaliza sempat menyumbangkan suara emasnya dengan mendendangkan sebuah lagu berjudul Joget Pahang.

Sebuah lagu yang ditujukan khas buat Aizat dan famili serta tetamu yang hadir. Kita sedia maklum bahawa, Siti Nurhaliza dan Aizat membawa bendera yang sama, negeri Pahang. Memang ramai anak seni berasal dari negeri Pahang yang telah mengharumkan nama Malaysia termasuk Allahyarham Sudirman dan juga Siti Nurhaliza. Dan Aizat mungkin antara golongan pelapis muda untuk generasi masa kini yang bakal mengorak langkah yang sama dengan mereka yang terdahulu.

496981846 F7Dc6B0D0E O | 4

Pada saya, lagu Joget Pahang tersirat lambang atau simbol keindahan negeri Pahang yang mana sesuai sebagai pembuka majlis untuk mengalu-alukan kedatangan peminat.

Sesuai untuk menyambut kehadiran penyokong Aizat yang katanya datang bukan sahaja dari negeri Pahang, malah seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Diiringi oleh tarian dari Kelab Kebudayaan, Siti Nurhaliza seolah menjadi magnet utama dalam majlis meriah ini.

 Ura-ura ada mengatakan Siti Nurhaliza Production akan mengambil Aizat sebagai artis di bawah naungannya. Namun, berita ini sebenarnya tidak disahkan lagi. Dari mana berita ini datang, saya sendiri pun tidak tahu.

Sama juga dengan gosip mengatakan Aizat dihadiahkan kereta mewah oleh ibunya dan akan melanjutkan pengajian dalam bidang seni di salah sebuah Universitas di Indonesia. Semua ini masih lagi diragukan kesahihannya.

496982424 5Cd11B9Fe5 O | 5
496984214 7B28A0E312 O | 6
497015337 496686A2D5 O | 7
496994368 5A8A2709Eb O | 8
497023649 3595572Ad3 O | 9

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mila Jirin | 35

Magik Mila Bakal Menjuarai AF5?

Siti Nurhaliza | 36

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Saloma Bistro