in

Linkin Park: Live From Madison Square Garden di TV2 Sempena Tahun Baharu 2018

Raikan sambutan tahun baharu 2018 bersama Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV2 dengan tayangan filem “3096 Days” dan konsert “Linkin Park: Live From Madison Square Garden”.

Kedua-dua rancangan yang disiarkan pada 1 Januari ini, masing-masing pukul 1.00 petang untuk filem “3096 Days” dan diikuti konsert “Linkin Park: Live From Madison Square Garden” menemui penonton mulai pukul 3.00 petang.

linkin park

Luangkan masa menyaksikan filem “3096 Days” yang diangkat berdasarkan kisah benar tentang gadis bernama Natasha Kampusch. Segalanya bermula apabila ibu bapanya bercerai. Natasha diculik sewaktu dalam perjalanan ke sekolah oleh seorang penganggur bernama Wolfgang Priklopil yang sudah lama memerhatikan gerak geri Natasha.

Wolfgang menculik Natasha selama lapan tahun dan usaha pencarian Natasha berterusan tanpa hasil. Masa berlalu namun Wolfgang tidak berhasrat untuk melepaskan Natasha. Wolfgang juga memastikan rambut Natasha kekal pendek sehinggalah suatu hari Natasha enggan rambutnya dipotong. Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Natasha berjaya melarikan diri? Apakah nasib Wolfgang?

Filem ini menyaksikan lakonan mantap bintang Antonia Campbell-Hughes, Thure Lindhardt, Amelia Pidgeon, Trine Dyrholm dan Dearbhla Molloy.

Petangnya khas buat peminat kumpulan #LinkinPark, saksikan persembahan mereka iaitu Mike Shinoda, Chester (RIP) Brad Delson, Joe Hahn, Dave Farell, dan Rob Bourdon dalam ‘Linkin Park – Live From Madison Square Garden’.

Sepanjang berlangsungnya konsert ini, 24 buah lagu bakal dikongsikan dengan penonton. Antara lagu The Requiem, Faint, Lying From You, Given Up, What Ive Done, No More Sorrow, Numb, In The End dan One Step Closer.

kisah jenayah penculikan kanak-kanak dalam filem 3096 Days

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

babak dalam filem 3096 Days

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – INSIDIOUS: THE LAST KEY

Telemovie CERITA DARI DINDING Konflik Kekeluargaan Arahan Murali Abdullah