in ,

Telemovie CERITA DARI DINDING Konflik Kekeluargaan Arahan Murali Abdullah

Gabungan lakonan mantap, jalan cerita menarik dan arahan pengarah drama berpengalaman, Murali Abdullah menjadikan tarikan utama dan kekuatan bagi telemovie terbaharu yang bakal disiarkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) bertajuk “Cerita Dari Dinding”.

Dibintangi pelakon hebat Wan Hanafi Su dan Aida Khalida, selain turut dibantu oleh Aedy Ashraff, Wan Raja, Sherrie Merlis, Raja Norbaizura dan Lina Banks, telemovie ini disiarkan pada 6 Januari ini, pukul 3.05 petang di TV1.

Poster Cerita Dari Dinding

Telemovie CERITA DARI DINDING Konflik Kekeluargaan Arahan Murali Abdullah

Lari daripada menonjolkan kisah konflik biasa yang berlaku dalam telemovie yang disiarkan sebelum ini, ikuti perjalanan kisah watak utama lelaki separuh usia bernama Jalil yang mempunyai impian besar untuk membahagiakan keluarga, isteri dan tiga orang anaknya.

Dia menjanjikan segala kesenangan untuk anak-anak dan isterinya, Rohana. Namun sifat panas baran dan suka membesarkan diri kerap menggagalkan apa jua usaha malah pelbagai padah menimpa.

Kekecewaan Jalil dilepaskan kepada Rohana, dan anak-anak. Rohana mencurahkan rasa hatinya ke dinding bilik tidur yang tersembunyi. Jalil kerap membalas luahan rasa Rohana itu di dinding yang sama.

Rohana berusaha menyatukan keluarganya dan kerap menasihatkan suami dan anak-anak supaya mengingati Allah. Namun tiada siapa mengendahkannya kecuali Radzi. Panas baran Jalil meningkat, dia mengamuk di masjid dan di pejabat orang.

Jalil kerap tidak ada di rumah. Rohana siang malam mengambil upah menjahit untuk menyokong pendapatan keluarga.

Dalam keadaan kesunyian dan genting, Radzi, anak kesayangan Jalil dan Rohana, pulang ke rumah, meraung kecewa kerana putus cinta. Di tengah-tengah kesedihan itu, rahsia Jalil berkahwin selama 10 tahun dengan bekas pembantu kedainya, rakyat Indonesia, terbongkar.

Rohana pengsan. Dalam keadaan tertekan itu, Jalil diserang strok. Dalam keadaan kelam kabut itu terjumpa tulisan tulisan di dinding. Radzi terkedu.

Akhirnya setelah Jalil pulih dan Rohana sembuh dari rasa kecewa itu, Jalil menceritakan keadaan sebenar. Rohana sekeluarga gembira kerana Jalil bersedia untuk dipulihkan melalui rawatan psikiatri.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Linkin Park: Live From Madison Square Garden di TV2 Sempena Tahun Baharu 2018

Che Puan Juliana Evans Hos Baharu MAHLIGAI CINTA