in , ,

Peraduan Tayangan Premiere With Budiey – INSIDIOUS: THE LAST KEY

Salam tahun baru 2018 buat semua pembaca Budiey.com… Pasti ramai yang tak sabar untuk melangkah ke tahun 2018 sebab Budiey kira banyak lagi filem hebat dan gempak akan ditayangkan di pawagam sepanjang tahun baru ini. Sebagai pembuka tirai tahun 2018, nah, Budiey nak ajak korang semua menonton sebuah filem seram yang ditunggu-tunggu.

Untuk korang yang tengah teruja menyambut tahun baru 2018 tu, Budiey buka peluang untuk korang menonton filem terbitan Focus Features berjudul INSIDIOUS: THE LAST KEY sebelum ianya dibawa ke pawagam. Kalau nak tahu, filem INSIDIOUS: THE LAST KEY akan menemui penonton di seluruh pawagam di Malaysia mulai 4 Januari 2018. Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menontonnya? Caranya ada kat bawah ni.

INSIDIOUS: THE LAST KEY

INSIDIOUS: THE LAST KEY adalah filem ke-4 dari francais filem INSIDIOUS yang sentiasa dinantikan. Seperti mana filem sebelum ini, INSIDIOUS: THE LAST KEY menceritakan tentang seorang pengamal paranormal bernama Elise Rainier yang dilakonkan oleh Lin Shaye. Dia dihantui oleh roh jahat di rumahnya yang dapat mengancam nyawanya. Filem ini adalah prekuel dari filem sebelum ini dan akan menampilkan watak Elise yang masih remaja dilakonkan oleh Hana Hayes.

Filem INSIDIOUS: THE LAST KEY menceritakan tentang masa muda Elise di Mexico di mana ia dihantui oleh roh-roh jahat di rumahnya sendiri. Budiey rasa filem ni seram juga ni. Jangankan nak menonton filem penuhnya, tengok pada trailernya pun dah cukup menyeramkan. Sememangnya filem karya pengarah Adam Robitel ini merupakan salah satu filem seram terbaik dan ia mungkin sebaris dengan filem THE CONJURING dan ANNABELLE.

Siapa yang tak kenal dengan James Wan yang menjadi penerbit filem ini dengan kerjasama Universal Pictures dan juga Sony Pictures Releasing selaku distributor filem ini. Sementara itu, Leigh Whannel ditugaskan sebagai penulis skrip untuk filem horror ini.

Filem ini menampilkan lakonan hebat dari Lin Shaye (Ouija, The Black Room) yang memegang watak utama iaitu Elise Rainier, watak Tucker yang dipegang oleh Angus Sampson (Mad Max Fury Road, Winchester). Selain itu, ada lagi pelakon hebat lain seperti Josh Stewart (Malicious, Back Fork), Kirk Acevedo (The VisitDawn of the Planet of the Apes), Caitlin Gerard (The Assignment, Stony Brook) dan Spencer Locke (Tarzan, Babysitter’s Black Book).

Untuk kalian yang menyukai filem bergenre horror filem ini pastinya filem ini sesuai untuk kalian semua.

INSIDIOUS: THE LAST KEY

Sinopsis INSIDIOUS: THE LAST KEY

Genre: Horror
Cast: Lin Shaye
Directed by: Adam Robitel
Writer: Leigh Whannell
Produced by: Jason Blum, Oren Peli, James Wan
Executive Producers: Steven Schneider, Brian Kavanaugh-Jones, Charles Layton, Bailey Conway Anglewicz, Couper Samuelson, Leigh Whannell

The creative minds behind the hit Insidious trilogy return for INSIDIOUS: THE LAST KEY. In the horror, which welcomes back franchise standout Lin Shaye as Dr. Elise Rainier, the brilliant parapsychologist faces her most fearsome and personal haunting yet: in her own family home.

The film is written by co-creator Leigh Whannell (Saw), who wrote the trilogy and directed Chapter 3; produced by Insidious regulars Jason Blum (The Purge series, Get Out), Oren Peli (Paranormal Activity) and co-creator James Wan (The Conjuring, Furious 7); and directed by series newcomer Adam Robitel (The Taking of Deborah Logan).

Shaye is joined in the cast by Angus Sampson, Whannell, Josh Stewart, Caitlin Gerard, Kirk Acevedo, Javier Botet, Bruce Davison, Spencer Locke, Tessa Ferrer, Ava Kolker and Marcus Henderson.

Steven Schneider, Brian Kavanaugh-Jones, Charles Layton, Bailey Conway Anglewicz, Couper Samuelson and Whannell serve as executive producers. Sony Pictures Worldwide Acquisitions (“SPWA”) produced and financed INSIDIOUS: THE LAST KEY. U.S. theatrical distribution will be handled by Universal Pictures, and Sony Pictures Releasing and SPWA’s Stage 6 Films will distribute the film outside of the U.S.

INSIDIOUS: THE LAST KEY

Peraduan Tayangan Premiere Filem INSIDIOUS: THE LAST KEY

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 97 tiket untuk Budieyators / pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

3 Januari 2018

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.15 malam

Tempat:

GSC Cinemas 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere INSIDIOUS: THE LAST KEY – Budiey.com di GSC 1Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Selain tiket menghadiri premiere, anda juga berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah merchandise ini. Pemenang dipilih berdasarkan slogan PALING KREATIF :

INSIDIOUS: THE LAST KEY

5 X Limited Edition ‘Insidious: The Last Key’ T Shirt

INSIDIOUS: THE LAST KEY

5 X Limited Edition ‘Insidious: The Last Key’ Canvas Drawstring Bag

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #INSIDIOUSMy

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey

Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia & www.facebook.com/budieydotcom

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #INSIDIOUSMy kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

3. Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pelakon utama yang membintangi filem INSIDIOUS: THE LAST KEY

2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere INSIDIOUS: THE LAST KEY – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Tayangan Premiere Filem INSIDIOUS: THE LAST KEY – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:

2 Januari 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Sony Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem yang cukup menyeramkan jiwa ini mulai 4 Januari 2018.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/SonyPicturesMalaysia dan langgan (subscribe) Youtube Channel Sony Pictures : www.youtube.com/SonyPicturesMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

INSIDIOUS: THE LAST KEY

INSIDIOUS: THE LAST KEY

INSIDIOUS: THE LAST KEY

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Pula Yang Syamel Nak Luah dalam Lagu BIAR CINTA?

Linkin Park: Live From Madison Square Garden di TV2 Sempena Tahun Baharu 2018