in , , ,

Tonton Filem-Filem Bollywood Terhangat Menerusi Shemaroo On Demand di dimsum

Dimsum Entertainment membawakan filem-filem Bollywood terhangat menerusi Shemaroo On Demand!

Dimsum Entertainment hari ini mengumumkan kerjasama bersama penyedia kandungan popular dari India, Shemaroo On Demand. Diiktiraf menerusi pelbagai majlis anugerah, Shemaroo yang telah berkembang di lebih 30 buah negara kini bakal memberikan pengalaman hiburan luar biasa buat pelanggan Dimsum Entertainment, khususnya peminat filem-filem Bollywood malar segar.

Dimsum

Mengulas mengenai kerjasama ini, Ketua Pegawai Operasi Shemaroo Entertainment, Kranti Gada berkata:

“Sejak lima dekad lalu, nama Shemaroo begitu sinonim dengan dunia Bollywood dan sehingga kini, kami telah bekerjasama dengan pelbagai jenama untuk menghiburkan lebih ramai penonton di peringkat global. Kerjasama bersama Dimsum Entertainment akan memperkukuhkan lagi misi dan komitmen kami untuk membawa Bollywood dan hiburan dari India kepada penonton di seluruh dunia. Kami teruja dan gembira untuk bekerjasama dengan Dimsum Entertainment. Kami juga yakin yang pelanggan Dimsum Entertainment juga bakal jatuh cinta dengan Bollywood.”

– Kranti Gada

Ketua Pegawai Pemasaran Dimsum Entertainment, Lam Swee Kim turut melahirkan rasa teruja dengan kerjasama ini.

“Kerjasama dengan Shemaroo akan memberi peluang kepada kami untuk menjangkau lebih ramai penonton berbanding sebelum ini memandangkan India adalah salah satu pusat filem terbesar di dunia. Hal ini merupakan cara terbaik dalam menghidangkan hiburan Asia terbaik kepada pelanggan kami dengan Shemaroo.”

– Lam Swee Kim

Bermula 12 November 2020, penonton boleh menyaksikan filem-filem seperti Ajab Prem Ki Ghazab KahaniGolmaal Returns, Jab We MetHello BrotherMann, dan Har Dil Jo Pyar Karega.

Bersedia untuk menonton lakonan mantap Ajay Devgan dan Raveena Tondon menerusi filem Dilwale, yang mengisahkan tentang pasang surut hubungan cinta sepasang kekasih. Hubungan cinta mereka terputus di tengah jalan dan akhirnya bersatu kembali atas pertolongan seorang polis budiman yang dilakonkan oleh Sunil Shetty.

Dimsum

Jika anda merupakan peminat pelakon veteran Amitabh Bachchan, jangan lepaskan peluang menyaksikan filem-filem lakonan beliau seperti. Ek AjnabeeAarakshanAankhen dan Khuda Gawah.

Sementara itu, penggemar Priyanka Chopra (atau kini lebih popular dikenali sebagai Priyanka Chopra Jonas) pula boleh menikmati filem-filem lakonannya seperti Barsaat, yang menyaksikannya berlakon di samping Bobby Deol dan Andaaz, bersama Akshay Kumar dan Lara Dutta.

Selain judul-judul di atas, pelbagai genre filem Bollywood lain turut dibawakan oleh Dimsum Entertainment. Antaranya termasuklah komedi, cinta dan seram. 

Untuk maklumat lanjut mengenai terma langganan dan informasi, layari www.dimsum.asia, Facebook rasmi Dimsum Entertainment (@dimsum.ent), Instagram (@dimsum.ent) dan Twitter (@dimsumasia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar | 23

TikTok Membawakan Anugerah Bintang Berita Popular Harian ABPBH 33 Secara Langsung

Johan Raja Lawak | 24

Astro Radio Memperkukuh Kekuatan Digital