in , ,

Gambar Anak Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza Bernama Isaac Raees, Kini Dah Ada Akaun Instagram

Selepas dua bulan menanti akhirnya pasangan pelakon Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza tampil berkongsi wajah comel bayi sulung mereka. Bukan hanya berkongsi wajah bahkan Aiman dan Zahirah juga turut memperkenalkan nama pilihan buat bayi kesayangan mereka, Isaac Raees.

Akhirnya pasangan pelakon popular, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza mendedahkan wajah bayi sulung mereka secara rasmi di Instagram masing-masing pada hari Jumaat lalu iaitu 5 Mac 2021. Turut didedahkan adalah nama sulung mereka itu iaitu Isaac Raees yang kini berusia dua bulan.

Mereka juga turut mewujudkan akaun Instagram khas untuk anak mereka dengan menggunakan nama @isaacraees.

ZAHIRAH MACWILSON & AIMAN HAKIM RIDZA DEDAH WAJAH ANAK

Baru tiga post saja sejak dimuat naik, dua jam lalu, Instagram @isaacraees milik anak sulung pasangan Zahirah Mac Wilson dan Aiman Hakim sudah berjaya mengumpul pengikut sehingga 27.2K.

Rupa-rupanya ramai yang tak sabar nak melihat wajah comel Isaac Raees Aiman Hakim yang dilahirkan pada 5 Januari 2021. Hari ini buat pertama kalinya, Zahirah menayangkan wajah anaknya secara terbuka.

Bersama gambar itu, mereka menitipkan kata-kata yang mendoakan kesejahteraan cahaya mata sulung itu. “Genap dua bulan usia anakku, Isaac Raees, daddy dan mummy akan sentiasa menyayangimu. Kami harap Isaac akan menjadi anak yang soleh, baik hati dan penyayang, jangan besar cepat sangat okey,” kata Aiman.

ZAHIRAH MACWILSON & AIMAN HAKIM RIDZA DEDAH WAJAH ANAK

Foto mereka sekeluarga itu telah mendapat puluhan ribu ‘likes’ dan ratusan komen dalam masa yang singkat.

“Happiest 2-month-old my son @isaacraees. Daddy and mummy will forever love you endlessly. We hope you will become a pious child, kind-hearted and loving. Don’t grow too fast okey,” tulisnya dalam Instagram hari ini (5 Februari).

ZAHIRAH MACWILSON & AIMAN HAKIM RIDZA DEDAH WAJAH ANAK

Menerusi kapsyen yang dimuat naik dalam Instagram miliknya (zahirahmacwilson), pelakon Curi-Curi Cinta itu menyatakan rasa gembiranya dengan kehadiran Isaac.

Zahirah berharap anaknya yang kini berusia dua bulan itu akan membesar sebagai anak yang alim, baik hati dan penyayang.

Gambar Anak Zahirah MacWilson & Aiman Hakim Ridza Bernama Isaac Raees, Kini Dah Ada Akaun Instagram

Nampaknya, ramai yang ternanti-nanti akan perkembangan Isaac. Apapun yang penting, semoga putera ini membesar dengan sihat dan menjadi kebanggaan kedua ibu bapanya.

Memang comel wajah putera kesayangan Aiman dan Zahirah ini. Tengok la siapa pula ibu dan bapanya kan. Semoga Isaac membesar menjadi anak yang soleh dan pintar.

ZAHIRAH MACWILSON & AIMAN HAKIM RIDZA DEDAH WAJAH ANAK
ZAHIRAH MACWILSON & AIMAN HAKIM RIDZA DEDAH WAJAH ANAK
ZAHIRAH MACWILSON & AIMAN HAKIM RIDZA DEDAH WAJAH ANAK
ZAHIRAH MACWILSON & AIMAN HAKIM RIDZA DEDAH WAJAH ANAK
ZAHIRAH MACWILSON & AIMAN HAKIM RIDZA DEDAH WAJAH ANAK

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

RTM Menguji Siaran Saluran Baharu TV6, Menyiarkan Filem, Drama & Rancangan Hiburan

Letusan Kuasa Wanita Sepanjang Mac ini di Dimsum Entertainment