in , ,

Shuk Sahar Rindu Untuk Kembali Bekerja Sebagai Pelawak & Pengacara

Selepas isu curang dan hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tanggnya, tiada lagi kelibat Shuk Sahar di kaca televisyen. Malah, sebelum ini Shuk mengakui namanya ditolak stesen televisyen.

Baru-baru ini, perkongsian Shuk menjadi perhatian ramai apabila seperti menjawab pertanyaan netizen sama ada rindu atau tidak untuk kembali dalam dunia hiburan.

Menerusi entri itu, Shuk berkata ada yang bertanyakan kpadanya adakah dia tidak rindu untuk melawak lagi. Shuk menjawab sudah tentu dia rindu.

Katanya lagi, dia mengakui rindu untuk melawak, mengacara dan rindu untuk bercakap dengan kawan-kawan di dalam radio.

Terdahulu, isteri kepada pelawak itu iaitu Rossa Sera berkata dia dan Shuk masih berhubung namun hanya kerana anak-anak sahaja. Sera mengakui dia juga tidak boleh memaafkan suaminya lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Layan Konsert Dewa19, Nabil Ahmad Dikritik Netizen

Hairul Azreen Dikritik Sering Berlakon Watak Badan Beruniform dalam Filem