in ,

Lagu Konsert Akhir Akademi Fantasia 5

Senarai lagu-lagu untuk Konsert Akhir Akademi Fantasia 5:

  1. Ebi – Farhana (Jinbara)
  2. Aswad – Mata Hati Jiwa (Awie)
  3. Heliza – Boneka Cinta (D-Va)
  4. Mila – Cinta Pura-Pura (Ezlyn)
  5. Candy – Dedebu Cinta (Misha Omar)

Kita masih lagi menunggu senarai lagu baru yang belum dinyanyikan oleh mana-mana penyanyi. Seperti musim lalu, kita akan mendengar sejauh mana ketulenan atau keaslian suara finalis ini diukur melalui lagu baru. Khabarnya, lagu-lagu baru ada yang ditulis oleh pelajar sendiri? Penciptanya dah tentu dari komposer terkenal seperti M. Nasir dan Loloq… atau siapa lagi ya?

Melihat kepada senarai di atas, saya rasa hanya lagu Dedebu Cinta yang paling popular. Selebihnya, lagu yang kurang mengganas di telinga. Tenaga pengajar dan pengetua lebih arif mengapa lagu-lagu ini diberikan. Mungkin mereka ingin melihat dan menggali apa lagi yang pelajar mahu tunjukkan. Itu saya tak pasti. Tapi maaf saya nak cakap, 90% lagu tak berapa sedap untuk pentas final. Apa kata anda?

Membosan atau tidak bergantung bagaimana lagu-lagu ini dipersembahkan. Sepatutnya diberikan lagu-lagu yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu atau lagu-lagu yang sememangnya killer songs. Saya agak kecewa dengan lagu diberikan pada Ebi. Sebanyak 2 kali Ebi diberikan lagu daripada kumpulan Jinbara. Seolah tidak ada lagu yang lagi power untuk Ebi. Untuk Mila, saya percaya, Mila akan dapat memberi suntikan magikalnya sekali lagi untuk lagu Cinta Pura-Pura dari Ezlyn. Untung Candy dapat lagu Misha Omar. Manakala Heliza memerlukan karakter dan attitude yang lebih sebagaimana lagu Ya atau Tidak (Erra Fazira). Aswad diselamatkan dengan genre lagu yang sudah menjadi makanan hariannya.

Cabarannya di mana? Vokal, karakter, attitude, ekpresi muka, center graviti, ‘gali’ makna, center stage, ruh lagu… apa lagi? Pentas final seolah-olah menuntut segala usaha mereka untuk kembali mengulangkaji. Selamat maju jaya buat semua pelajar.

Pilihan Juara Sensasi Selebriti: Mila, Heliza, Ebi, Candy & Aswad.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Foto Keluarga Bahagia Datuk Khalid & Datuk Siti Nurhaliza

David Beckham, Shilpa Shetty & Mazidulakmal Didakwa?