in ,

Senarai Lagu Konsert Akademi Fantasia 5 – Minggu ke 9

Minggu depan, pengemar Akademi Fantasia akan menyaksikan konsert terakhir pelajar sebelum ke gelanggang final. Dengan berbaki 3 pasang pelajar, 3 lelaki & 3 perempuan… semacam sudah disusun rapi dan direncanakan. Astro mungkin akan memberi kejutan kepada penonton dengan tidak menyingkirkan pelajar? Konsert final dengan 6 orang pelajar. Satu angka yang ada ‘ong’ punya.

Cakap pasal pemilihan lagu, rata-ratanya seimbang. Ada lagu yang tidak pernah mesra di telinga penonton. Ada lagu yang ngetop. Apa-apa pun, memang sesuai sekali diberikan lagu duet untuk ‘ngetes’ perlawanan antara vokal lelaki vs perempuan. Masing-masing punya peranan, vokal harus dikeluarkan, tarian perlu dipertajamkan, persembahan perlu dirapikan, yang berselerak itu harus diperkemaskan dan yang penting menjanjikan value kepada program ini… untuk menjadi yang lebih baik. 

Saya difahamkan Konsert Akhir Akademi Fantasia 5 buat pertama kalinya akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre tanggal 19 Mei 2007 ini. Lokasi yang sama juga sudah tentu mengingatkan saya dengan perkahwinan Siti Nurhaliza tahun lalu. Mungkin kerana itu, kebetulan diberikan lagu Cahaya Cinta kepada Candy. Sebuah lagu yang buat saya lentok seketika. Saya anggap Candy antara pelajar yang bertuah. Apa tidaknya selalu saja mendapat lagu yang mantap (se-mantap tu joe?) dan selari dengan vokal Candy.

Lagu solo:

  1. Aswad – Langit Biru (Mawi)
  2. Ebi – Bukan Diriku (Samsons)
  3. Shawal – Copacabana (Barry Manilow)
  4. Candy – Cahaya Cinta (Datuk Siti Nurhaliza)
  5. Heliza – Ya Atau Tidak (Erra Fazira)
  6. Mila – Pudar (Rossa)

Lagu duet:

  1. Heliza vs Aswad – Joget Cinta Sakti (Rosma feat Haziq)
  2. Ebi vs Mila – My Heart (Irwansyah/Acha)
  3. Candy vs Shawal – Menari Denganku (Sarah feat Zahid)

Lagu bonus semua pelajar:

  1. Let’s Dance Together – Melly feat BBB
  2. Falsafah Cinta – Jamal feat Ning

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mengapa Dafi Tersingkir Dari Akademi Fantasia? Ini Mungkin Antara Sebabnya

Gambar Majlis Pra Tonton SUMOLAH