in , ,

Konsert Queen Of Soul, Azharina Berdepan dengan Cabaran Getir

Tanggal 29 Jun lalu menyaksikan seramai 800 orang peminat membanjiri Royal Teater Shah Alam untuk menyaksikan konsert Azharina Queen Of Soul.

Sepanjang konsert yang berlangsung selama hampir tiga jam itu, Azharina tampil menghiburkan peminat menerusi persembahan 22 buah lagu.

Usai konsert, Azharina yang ditemui berkata biarpun berhadapan dengan pelbagai cabaran menjelang konsert, dia tetap bersyukur kerana rata-rata peminat yang hadir tetap berpuas hati.

“Begitu banyak sekali cabarannya sehingga ke saat akhir, tetapi biarlah ia menjadi rahsia. Namun, secara keseluruhannya semua yang terlibat dalam konsert ini sudah memberikan yang terbaik.

“Secara jujurnya untuk konsert kali ini tahap kepuasan saya adalah dalam 70 peratus sahaja. Misalnya, latihan saya bersama band adalah terlalu singkat,”

– Azharina

Bagaimanapun, jauh di suduh hati penyanyi berkenaan menyatakan rasa bersalah tetap ada dalam dirinya terhadap beberapa kelemahan yang ada.

Menurutnya, sedikit kelemahan dan kesilapan yang ada itu dapat ditutup dengan alunan vokal yang mantap serta persembahan yang dapat memberi kepuasan kepada peminat yang hadir.

“Sebagai seorang penyanyi, sudah tentu saya mahu beri yang terbaik. Jadi, kalau ada berlaku sedikit kesilapan perasaan bersalah saya itu terlalu tinggi,”

– Azharina

Pada konsert berkenaan, Azharina mempersembahkan lagu-lagu seperti Aint Nobody, Sudah Kahwin Ke Belum (duet dengan Lan Solo), Teman Tapi Mesra, Hey Lelaki, Seandainya, Rawan dan Desert Rose (Ya Robbi).

Tidak ketinggalan juga peminat dihiburkan dengan lagu Sambutlah Kasih, Purple Rain, I’ll Never Love Again, Cinta Terbagi Dua, Elegi Sepi, Kau Kasihku (lagu baharu) dan lagu madley iaitu 1000 cinta, Lakar Janji, Rasa, Cinta Kita Selamanya dan Pergilah Cinta.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Atlas One Sdn. Events Sdn. Bhd, Syahrizal Ismail selaku penganjur berkata, pihaknya memang mempunyai perancangan untuk membawa konsert berkenaan ke Sabah.

Menurutnya, perkara tersebut masih lagi dalam perbincangan memandangkan terdapat permintaan peminat di negeri kelahiran penyanyi itu.

“Kami memang ada berbincang mengenai perkara tersebut dan antara perancangannya adalah untuk mengadakan konsert Azharina Queen Of Soul ini di Sabah pula nanti,”

– Syahrizal Ismail

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tulus Kini Sibuk Promosi Konsert Sewindu Tour di Kuala Lumpur

Namanzee Harris Kini Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah