in , ,

Tulus Kini Sibuk Promosi Konsert Sewindu Tour di Kuala Lumpur

Pada 4 Julai lalu, satu majlis sidang media Konsert Tulus Sewindu Tour – Kuala Lumpur telah diadakan di Hotel Alila, Bangsar.

Penyanyi Indonesia, Muhammad Tulus atau Tulus, 32, menyatakan dia cukup terkejut dengan sambutan menggalakkan yang diterima daripada peminat di Malaysia sebaik menjejakkan kaki ke sini, semalam.

Tulus kini berada di Kuala Lumpur bagi mempromosikan konsert Tulus Sewindu Tour – Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada 3 Ogos di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Tulus

Penyanyi yang cukup popular dengan lagu Pamit ini kembali ke Malaysia bagi mengadakan persembahan selepas konsert pertamanya di Istana Budaya pada bulan September tahun lalu mendapat sambutan hangat.

“Saya cukup terkejut dengan sambutan yang diterima daripada peminat. Jika sebelum ini saya datang, tiada siapa yang mahu mengambil gambar bersama ketika di lapangan terbang tapi kali ini sebaik saya mendarat, pekerja di airport mahu mengambil gambar dengan saya.

“Pada mulanya terkejut juga saya dikenali di sini tapi saya cukup senang dengan situasi ini malah berterima kasih kepada peminat yang tidak jemu-jemu menyokong saya,”

– Tulus

Menjelang konsert keduanya di sini, Tulus menjanjikan suatu persembahan besar yang pastinya memberikan satu kepuasan buat peminat setianya.

“Menjengah ke usia lapan tahun saya berkecimpung dalam dunia nyanyian, saya mahu menghadiahkan satu persembahan istimewa buat peminat.

“Ini merupakan konsert jelajah pertama saya dan saya akan menyanyikan lagu yang lebih banyak berbanding ketika mengadakan konsert di Istana Budaya tahun lalu.

“Walaupun saya suka bereksperimen tapi saya tidak mahu mengubah roh lagu tersebut agar mengekalkan keasliannya,”

– Tulus

Konsert yang dibawakan Shiraz Projects Sdn Bhd dan Tulus Company ini bakal diiringi 21 pemuzik yang selama ini menyokong perjalanan seni Tulus.

Tiket berharga RM860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold), RM200 (Silver) dan RM160 (Bronze) boleh didapati menerusi www.myticket.asia atau hubungi talian 03-86050195.

Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AirAsia Perkenal Hidangan Dalam Penerbangan (RED)

Konsert Queen Of Soul, Azharina Berdepan dengan Cabaran Getir