in , ,

Konsert Azharina: Queen Of Soul Pada 29 Jun Ini

Menjelang konsert Azharina: Queen Of Soul yang akan berlangsung pada minggu hadapan, penyanyi Azaharina Azhar mencipta sejarah tersendiri apabila mengadakan sidang akhbar di atas ketinggian 38,000 kaki (11,500 meter).

Azharina berkata, ia merupakan satu kelainan yang ingin ditampilkan apabila dengan sidang akhbar yang dilakukan di dalam pesawat Air Asia penerbangan Kuala Lumpur – Kota Kinabalu hari ini.

azharina

“Idea untuk mengadakan sidang akhbar ketika dalam penerbangan di atas ketinggian 38,000 kali ini adalah cetusan idea team pengurusan saya sebagai salah satu langkah promosi untuk konsert ini.

“Lagipun sudah menjadi impian saya sejak empat tahun lalu agar sebuah konsert saya dapat direalisasikan dan sangat berterima kasih apabila impian ini tercapai,”

– Azharina

Selain mengadakan sidang akhbar, penyanyi yang juga Juara Gegar Vaganza 3 itu juga turut mempersembahkan dua buah lagu.

Ternyata para penumpang dihiburkan dengan lagu popularnya iaitu Elegi Sepi dan sebuah lagu Inggeris berjudul What’s Up nyanyian 4 Non Blondes dengan iringan petikan gitar oleh Korie.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai persiapan untuk konsert berkenaan, Azharina menyatakan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar.

Menurutnya, sepanjang konsert itu berlangsung nanti, dia akan mempersembahkann sebanyak 22 buah lagu.

Konsert Azharina: Queen Of Soul akan berlangsung di Teater Shah Alam pada 29 Jun ini anjuran Atlas One Events, Azharina Entertainment dan Kelab Rekreasi & Kebajikan Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan (SPBT).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Marvel Studios: Ten Years Of Heroes Exhibition Lands In Malaysia

Selepas 3 Tahun Menduda, Ally Iskandar Kahwin dengan Gadis Temerloh