in , ,

Persembahan Azharina Di Melbourne Dalam Kembara Ramadan Umar Uzair

Buat kali keduanya ‘Kembara Ramadan Umar Uzair Bersama…’ diteruskan untuk tahun 2022 dengan jalinan kerjasama yang lebih akrab.

Kelonggaran yang diumumkan bermula pada 1 April 2022 merupakan khabar baik kepada semua industri termasuklah industri persembahan dan perhotelan. Sesuai dengan sambutan Ramadan yang bermula pada 3 Mei 2022, pakej bufet berbuka puasa adalah pelengkap kepada tradisi masyarakat di Malaysia. Sempena dengan ini, buat kali keduanya ‘Kembara Ramadan Umar Uzair Bersama…’ diteruskan untuk tahun 2022 dengan jalinan kerjasama yang lebih akrab. 

Persembahan Bersama Azharina Di Melbourne

‘Kembara Ramadan Umar Uzair Bersama…’ ini dianjurkan oleh Meja Poedjangga Ent. sebagai sebuah program yang berkonsepkan persembahan lagu-lagu kerohanian dan lagu-lagu keraian bulan Ramadan dan menjelang Syawal. 

Seperti pada edisi pertama tahun lalu, selama lebih sejam Umar Uzair akan mempersempankan rangkaian lagu-lagu istimewa yang menenangkan serta terbahagi dalam dua buah sesi iaitu setengah jam sebelum berbuka puasa dan setengah jam selepas berbuka puasa. 

Ramadan Di Malaysia Lebaran Di Australia 

Selain sebagai usaha merancakkan aktiviti seni Uzair, ia juga diadakan sebagai memeriahkan suasana serta mewujudkan semangat ramadhani sepanjang bulan yang mulia ini yang disampaikan melalui persembahan. 

Jika pada tahun lalu kembara ini dibawakan ke dua buah lokasi, uniknya pada Ramadan 1443 ini Umar Uzair akan mengembara ke empat buah lokasi seluruh negara bersama konsep tersendiri bermula dengan Iftar @ KL 2022 di Dataran Merdeka pada 16 April seterusnya Sembang @ Matic di Pusat Pelancongan Malaysia, KL pada 17 April. 

Bazar Ramadan The Coffee House di Impiana Hotel Ipoh menyusul pada 19 dan 20 April, TROVE Hotel Johor Baharu dengan Dari Dapur Bonda pada 22 dan 23 April sebelum ditutup di Toppen Johor Baharu pada 24 April bersempena dengan Paso Raya yang diusahakan oleh JOHO. 

Persembahan Bersama Azharina Di Melbourne

Persembahan Bersama Azharina Di Melbourne 

Bersempena dengan Syawal yang amat bermakna ini, keterujaan Uzair tidak terhenti setakat itu apabila diundang untuk bersama-sama sebagai tetamu dalam sebuah persembahan khas penyanyi terkenal Azharina pada 7 Mei 2022 di Melbourne, Australia. Persembahan yang diberi nama Dari Jauh Ku Pohon Kemaafan dan diadakan pada Syawal ke lima merupakan sebuah usaha oleh perantau di Australia bersempena dengan Lebaran. 

Bakal mendendangkan rangkaian lagu raya dan single sendiri, “Saya berasa amat terharu dengan undangan yang membahagiakan ini dan berharap persembahan itu akan dapat dijayakan dengan lancar. Saya juga berangan-angan kalau dapat berduet dengan kak Azharina mungkin untuk sebuah single pada masa akan datang”. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

AIMAN SIDEK

“Cinta Sejati Bukan Lagu Ciplak Karya Melly Goeslow,” – Aiman Sidek

Sedihnya, Shuib Sepahtu Sebak Imbas Momen Raya Dengan Arwah Siti Sarah