in ,

Namanzee Harris Kini Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

TV AlHijrah hari ini telah mengumumkan Namanzee Harris telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah yang baharu berkuatkuasa 1 Julai 2019. Beliau akan melapor kepada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah TV AlHijrah.

TV AlHijrah mengumumkan Namanzee Harris telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah yang baharu berkuatkuasa 1 Julai 2019. Beliau akan melapor kepada Pengerusi dan Ahli Lembaga Pengarah TV AlHijrah. 

Namanzee Harris Kini Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah
Namanzee memiliki enam belas tahun pengalaman di dalam dunia penyiaran. Jawatan terakhir yang disandang beliau di Astro adalah Ketua Jabatan Strategi Kandungan & Inovasi.

Beliau yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Penyiaran) dari Universiti Putra Malaysia (UPM) mempunyai latar belakang media yang meyakinkan di mana beliau pernah terlibat secara langsung dan menjadi tulang belakang di dalam penerbitan rancangan-rancangan realiti televisyen. Beliau juga berpengalaman menguruskan saluran berbentuk agama Astro Oasis serta memiliki sijil Darjah Khas dari Sekolah Agama Dato’ Abdullah Esa, Johor Bahru.

Namanzee Harris Kini Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

“Kami amat gembira dengan pelantikan ini. Insyaallah,  Namanzee akan membawa stesen TV AlHijrah ke arah prestasi yang lebih baik dan membantu memastikan operasi organisasi ini akan terus berjalan dengan lebih lancar,”

“Pelantikan ini adalah berita yang amat dialu-alukan dan diyakini bakal menyuntik aspirasi yang diperlukan TV AlHijrah dalam usaha menjadi stesen penyiar Islam terunggul di rantau ini,”

“Semoga TV AlHijrah sentiasa pada tahap cemerlang dan melangkah maju ke hadapan,”

– Pengerusi TV AlHijrah, Dato’ Hussamuddin Haji Yaacub
Namanzee Harris Kini Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah
Namanzee Harris Kini Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah
Namanzee Harris Kini Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Queen Of Soul, Azharina Berdepan dengan Cabaran Getir

Sufian Suhaimi Dipilih Sebagai Pemimpin Paling Dikagumi Kategori Hiburan