in ,

Dr. Fitri Haris Berjaya Temui Makna Sebenar Nasyid Dari Konteks Musikologi

Fitri Haris atau kini mahu dikenali sebagai ‘Dr. Pit’ adalah satu nama yang tidak asing lagi di dalam industri muzik tanah air di Malaysia amnya dan Nasyid khususnya. Khabar terbaharu tentang Fitri Haris, dengarnya beliau mahu menukar bidang dan mahu melangkah ke peringkat antarabangsa.

Dengan kecemerlangan di dalam industri selama lebih 18 tahun (antara pengasas kumpulan UNIC, Juara Gema Gegar Vaganza musim ke-2, Ikon Belia Perkid dan banyak lagi), beliau juga merupakan seorang Pensyarah di Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan seni persembahan, Universiti Utara Malaysia (UUM). Berpendidikan Ijazah Kedoktoran di dalam bidang Musikologi (Muzik Islam) dari University of Nottingham, United Kingdom, kini beliau mengorak langkah dengan menfokuskan kepada sumbangan legasi ilmu.

Fitri Harris

Jangan Keliru Lagi Apa Itu Nasyid? Semua Telah Di Jelaskan

Bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, melalui Dana Kandungan Digital yang di tawarkan oleh kerajaan, Dr. Pit telah di beri tanggungjawab dalam   mengkaji Muzik Nasyid di Malaysia.

Antara kandungan yang akan di pasarkan kepada umum adalah apakah sebenarnya Nasyid?

Apa yang membezakan nasyid dan Muzik-muzik lagu ketuhanan yang lain, elemen-elemen apakah yang di perlukan bagi meletakkan sesuatu muzik atau lanskap muzik itu sebagai Nasyid? Siapakah Penasyid?

Mengapa nasyid semakin suram dan banyak lagi yang berkaitan akan di terangkan di dalam sesi bersama rakan media pada sesi yang akan di adakan.

Ini adalah hasil penemuan kajian yang sangat penting supaya para penggiat industri Muzik Malaysia dapat memahami terma dan elemen yang betul dalam meletakkan sesuatu muzik itu pada segmen yang sepatutnya.

Fitri Harris

Fitri Haris Ke Peringkat Antarabangsa

Melalui modul ‘This is Nasyid’ yang di jayakan oleh Dr. Pit, tahun 2020 merupakan tahun ke – 3, beliau memperkasakan modul tersebut dengan beberapa buah negara telah di jelajahi antaranya, United Kingdom dan Mesir. Dengan ujian pandemik Covid 19, perancangan memperkasakan dan mempromosikan modul tersebut terencat yang sepatutnya di jadualkan di pasarkan di negara Morocco.

Walau bagaimanapun, setiap ujian membuka peluang yang lain melalui kaedah pemasaran Digital dengan kerjasama bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Fitri Harris

Fitri Haris Bertukar Bidang?

Penubuhan Syarikat baru bersama isteri bagi menfokus kepada penerbitan dokumentari, drama dan tidak mustahil filem di bawah nama syarikat “niyatenson Empire Sdn Bhd’ di lihat antara bidang utama yang akan di jalankan pada tahun 2021.

Selain dari tu, Dr. Pit kini amat jelas menumpukan karier beliau kepada memperkasakan modul kefahaman Nasyid di peringkat tempatan dan antarabangsa melalui saluran Digital dan rangkaian pendidikan sedia ada.

Beliau juga aktif memberi ceramah ber ‘modul’ kepada badan-badan kerajaan dan swasta dan banyak bekerjasama dengan stesen radio tempatan dalam berkongsi manfaat kepada ummah.

Selain dari itu, Dr. Pit juga menjadikan bidang lakonan sebagai bidang baru pada tahun 2021, dengan kini sedang berlangsung siri drama ‘light and love’ sebagai teraju Utama di dalam siri tersebut terbitan Nurflix TV. 

Fitri Harris

Semoga sahabat-sahabat media dapat menghadirkan diri bagi kita berukhuwah dan berkongsi perkembangan semasa dan yang utama dapat membantu kami dalam mempromosikan perkara yang di nyatakan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Penuh 12 Lagu Yang Berjaya Bertanding di Anugerah Juara Lagu 35 AJL35

Haziq Putera Akui Pernah Tertekan & Depresi Tapi Kini KEMBALI TERSENYUM