in

Redmagic 9 Pro & 9 Pro Plus Dilancarkan di Malaysia Dengan RAM Hingga 24GB

Redmagic 9 Pro, 9 Pro Plus secara rasminya dilancarkan; Tampilkan RAM sehingga 24GB

Redmagic 8S Pro telah diperkenalkan pada Julai lalu dan mula menemui pengguna di Malaysia pada bulan berikutnya. Kini tiba giliran kesinambungan daripadanya menerusi Redmagic 9 Pro dan 9 Pro Plus.

Telefon pintar ini menawarkan spesifikasi yang dikhususkan untuk permainan mudah alih. Antaranya kipas penyejukan dengan pencahayaan RGB yang mampu berputar pada kelajuan sehingga 22,000 RPM.

Selain dari ciri estetika permainan mudah alih tersebut, kedua-dua Redmagic 9 Pro ini didatangkan dengan skrin AMOLED 6.8-inci beresolusi 1,116 x 2,480 dengan kadar penyegaran semula 120Hz. Ia juga mempunyai tahap kecerahan puncak yang tinggi pada 1,600 nits. Pengimbas cap jari terbina bawah skrinnya juga boleh digunakan sebagai pengesan kadar nadi.

Seperti yang dijangkakan, kedua-dua telefon pintar ini menggunakan pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3. Kamera-kamera di belakangnya juga sama yang terdiri daripada sebuah kamera utama 50MP dan kamera bersudut lebar 50MP. Kamera hadapannya pun ditempatkan pada bawah skrinnya yang hadir dalam bentuk kamera 16MP.

Beza Redmagic 9 Pro dan 9 Pro Plus terletak pada konfigurasi RAM, storan dan juga baterinya. Untuk model Pro, ia mempunyai bateri berkapasiti 6,500mAh dengan pengecasan 80W. Manakala 9 Pro Plus pula ia mempunyai bateri berkapasiti 5,500mAh dengan sokongan pengecasan 165W.

Redmagic

Harga Redmagic 9 Pro dan Redmagic 9 Pro Plus

Redmagic 9 Pro hadir dengan pilihan konfigurasi dengan harga seperti berikut:

  • Redmagic 9 Pro , 8GB + 256GB – RMB4,399 (~RM2,888)
  • Redmagic 9 Pro , 12GB + 256GB – RMB4,799 (~RM3,151)
  • Redmagic 9 Pro, 12GB + 512GB – RMB5,199 (~RM3414)

Manakala bagi Redmagic 9 Pro Plus pula harga dan pilihan konfigurasinya adalah seperti berikut:

  • Redmagic 9 Pro Plus, 16GB + 256GB – RMB5,799 (~RM3,808)
  • Redmagic 9 Pro Plus, 16GB +512GB- RMB5,499 (~RM3611),
  • Redmagic 9 Pro Plus, 24GB + 1TB – RMB6,999 (~RM4,596)

Telefon pintar ini hadir dengan warna hitam dengan pilihan warna hitam jernih (transparent) dan putih jernih (transparent) juga ditawarkan.

Pilihan warna jernih berkenaan bagaimanapun berbeza dari segi harga dan juga konfigurasinya. Setakat ini tiada maklumat mengenai kehadiran telefon pintar ini ke pasaran Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Alif Satar & The Locos

Konsert A Night With Alif Satar & The Locos Bersama Anggi Marito

Anker Innovations Malaysia Mengadakan Jualan Akhir Tahun 2023