in , ,

Sinopsis Drama Keluarga Rafeah Buat Kecoh Dalam Kami Orang KL

Bak kata pepatah melayu, sekali air bah, sekali pasir berubah. Kehidupan di bandar memaksa Mahmood untuk berpindah semula ke kampung untuk membuka perniagaan yang baharu.

Mahmood menawarkan kakaknya, Rafeah (Liza Abdullah) untuk menduduki rumahnya di KL (Kuala Lumpur). Rafeah sekeluarga kelihatan sangat teruja untuk berpindah kerana sering berangan ingin menjadi orang KL. Berjayakah mereka sekeluarga menyesuaikan diri di KL?

Terbaharu di slot Lestary, drama berjudul Kami Orang KL bakal bersiaran untuk menghiburkan kaki-kaki drama bermula dari 30 November 2023, setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam di TV3 dan juga strim eksklusif secara HD melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Sinopsis Drama Keluarga Rafeah Buat Kecoh Dalam Kami Orang KL

Kami Orang KL merupakan terbitan Rumah Karya Citra, di bawah arahan Nur Ain Sharif. Kami Orang KL akan bersiaran sebanyak 15 episod dengan menampilkan barisan pelakon popular tanah air. Antaranya, Andi Bernadee, Afifah Nasir, Ropie, Liza Abdullah, Amyza Aznan dan Razmansyah. 

Keluarga Rafeah yang tidak pernah menetap di KL sebelum ini menimbulkan kekecohan apabila Rafeah berlagak seperti orang kaya, manakala suaminya Hussein (Ropie), yang merupakan AJK (Ahli Jawatan Kuasa) surau di kampung, berlagak seperti pemimpin. Sifat Hussein yang suka menegur hampir semua penduduk kawasan perumahan tentang perkara yang tidak disukainya membuatkan penduduk sekitar kurang senang dengan perangainya terutama Cik Da (Amyza Aznan). 

Sinopsis Drama Keluarga Rafeah Buat Kecoh Dalam Kami Orang KL

Keriuhan berterusan apabila anak-anak Rafeah juga berangan untuk mencapai impian mereka apabila tiba di KL. Hassan (Razmansyah), anak lelaki kepada Rafeah, ingin menjadi penyanyi terkenal, manakala anak perempuanya pula, Kamsiah (Afifah Nasir) memasang impian untuk menjadi pempengaruh yang berjaya di media sosial. Tanpa diduga, Kamsiah semakin popular dan menerima banyak tawaran review produk sehingga membuatkan Hassan cemburu dengan kejayaan kakaknya itu. Apakah yang akan dilakukan Hassan untuk merealisasikan impiannya menjadi penyanyi terkenal? Adakah kehadiran Rafeah sekeluarga akan mengundang lebih ketidaksenangan kepada jiran tetangga?

Sinopsis Drama Keluarga Rafeah Buat Kecoh Dalam Kami Orang KL

Menurut kata pengarah, Nur Ain Sharif mengatakan bahawa drama genre komedi ini sarat dengan pengajaran dalam kehidupan berjiran, “KOKL (Kami Orang KL) adalah satu drama keluarga genre komedi yang akan memberikan banyak pengajaran dalam kehidupan berjiran. Pelbagai iktibar boleh diambil oleh penonton dalam KOKL kerana semuanya disampaikan berbentuk komedi, jadi ia bertambah mudah. Karakter setiap pelakon sangat berbeza kerana diwarnai dengan barisan pelakon dengan baik dan berjaya bagi saya. Harapan terbesar saya bagi KOKL ni adalah drama ini dapat diterima semua lapisan penonton.”

Nantikan Kami Orang KL yang dilakonkan oleh barisan pelakon popular tanah air ini menerusi slot Lestary dalam yang mula bersiaran pada 30 November 2023, setiap hari Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di TV3.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SAMSUNG

Foto Telefon Bimbit Samsung Galaxy S24 Ultra Tertiris di Internet

Alif Satar & The Locos

Konsert A Night With Alif Satar & The Locos Bersama Anggi Marito