in

Kisah Raya Empat Pasangan Selebriti dalam CERITA RAYA KITA

Ketahui persiapan dan bagaimana pasangan selebriti melakukan persiapan untuk menyambut hari raya termasuk masakan kegemaran masing-masing yang biasa dihidangkan sewaktu hari raya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan program menarik empat episod bertajuk “Cerita Raya Kita” mulai 7 hingga 10 Julai ini, Khamis hingga Ahad, pukul 8.00 malam menerusi saluran TVi.

Menariknya artis undangan akan berkongsi dengan para penonton mengenai kenangan dan persiapan Hari Raya yang telah dan akan mereka lakukan. Di antaranya ialah kisah di sebalik koleksi foto-foto sambutan Hari Raya tahun sebelumnya, koleksi pakaian raya yang pernah dipakai, juadah menyambut hari raya serta kisah-kisah sedih, manis dan lucu yang tidak dapat dilupakan. Ia tentunya dapat merapatkan lagi hubungan antara artis dengan peminat mereka sendiri.

Zamarul Hisham dan Diana Rafar

Kisah Raya Empat Pasangan Selebriti Dalam “Cerita Raya Kita” di TVi

Episod pertama menampilkan pasangan suami isteri iaitu Zamarul Hisham serta Diana Rafar yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga. Lokasi penggambaran dilakukan di rumah mereka sendiri dan bercerita pelbagai kisah yang berkaitan dengan sambutan Hari Raya. Pakaian raya seperti baju melayu dan baju kurung menjadi koleksi yang banyak dan diguna pakai semula terutamanya untuk penggambaran filem dan drama. Diana yang sudah berhijab berazam untuk menggayakan pemakaian jubah bagi sambutan Hari Raya pertama tahun ini. Menu makanan Hari Raya selalunya seperti Masakan Lodeh, Nasi Beriani dan Mee Bandung Muar. Mereka juga menghias rumah dengan menggunakan kertas dinding yang baru.

Menyusul episod seterusnya menampilkan pasangan suami isteri iaitu Joey Daud dan Watie Elite yang sudah tiga tahun mendirikan rumah tangga. Untuk Raya tahun ini Watie mengimpikan untuk menukar langsir, sofa dan permaidani baru. Mereka juga hendak menukar cat dinding di dalam rumah mereka. Kemudian mereka berkongsi maklumat koleksi baju raya dan cerita di sebaliknya. Akibat terlajak tidur, mereka terlepas untuk bersahur dan menyalahkan antara satu sama lain. Joey pula pandai dalam mengayam ketupat berbanding dengan Watie. Rancangan diakhiri dengan ucapan kepada peminat.

Zahiril Adzim dan Syera Ayob bersama anak mereka Anaqi

Rancangan dimulakan dengan kes suami bertekak dengan isteri tentang warna tema untuk pakaian Hari Raya yang akan disambut mereka. Pasangan suami isteri yang dimaksudkan itu ialah Azad Jazmin dan Eira Syazira. Kali ini merupakan tahun yang ke tiga mereka menyambut Hari Raya sebagai suami isteri. Mereka juga menjalankan perniagaan menjual pakaian raya dan jubah bagi menyambut hari lebaran dan menunjukkan koleksi pakaian raya mereka untuk tatapan penonton. Hidangan juadah pilihan di Hari Raya juga dikongsi bersama iaitu lemang, rendang dan nasi kerabu. Disusuli pula dengan persiapan untuk dekorasi rumah yang selalunya melibatkan pertukaran langsir.

Ikuti seterusnya episod dimana isteri mencari suami untuk berbincang mengenai pemilihan warna baju rayanya dan suami asyik melarikan diri kerana berasa penat melayan kerenah isteri. Ditampilkan pasangan Zahiril Adzim dan Syera Aiyob yang sudah empat tahun mendirikan rumah tangga. Mereka kemudiannya mengutarakan pandangan masing-masing tentang pengertian Hari Raya. Seterusnya Syera menunjukkan koleksi pakaian mereka yang lalu dan Zahiril perlu menjawab pakaian raya mengikut tahun raya tertentu. Juadah Hari Raya pasangan ini selalunya nasi minyak, lontong, lemang dan rendang. Mereka juga mengimbau kenangan tentang sambutan Hari Raya ketika zaman kanak-kanak.

Eira Syazira dan Azad Jasmin

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Artis Komik Records Lancar Lagu Raya HARI MULIA

Camora Arts Pilih Tema Pelangi & Cow & Milk Untuk Baby Fiqa & Syawal