in

Biscotti Bersama Chef Zam di Saluran TVi

Sepanjang bulan Ramadan menjadi pilihan terutamanya kaum wanita sibuk di dapur. Bukan sahaja mencuba resepi masakan yang lazat sebaliknya resepi biskut raya dan kek juga menjadi pilihan untuk dihasilkan.

Ramadan ini, selebriti terkenal Chef Zam muncul menerusi rancangan “Biscotti” sedang bersiaran hujung minggu setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9.00 pagi dan ulangannya pukul 4.00 petang menerusi saluran TVi (Astro 109).

Biscotti Bersama Chef Zam

Biscotti Bersama Chef Zam Hujang Minggu di TVi (Astro 109)

Disampaikan secara santai, rancangan ini mengetengahkan tiga segmen menarik iaitu cara menghasilkan satu resepi biskut dan jenis-jenis komoditi makanan yang sering digunakan dalam pembuatan kek, biskut dan pastry kek moden.

Menariknya penonton berpeluang menyertai kuiz ‘Tiru Chef Zam’ di mana penonton perlu membuat salah satu daripada resepi yang dipaparkan dalam rancangan, kemudian merakam proses pembuatan menerusi telefon bimbit selama dua minit. Video rakaman tersebut perlu dimuat naik ke laman facebook Biscotti by Chef Zam. Pemenang bertuah akan memenangi baucar barangan dapur Philips bernilai RM1,OOO setiap episod.

Usah ketinggalan mencuba sendiri membuat biskut dalam rancangan 13 episod ini.

Biscotti Bersama Chef Zam

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Shahrol Shiro Hos Travelog Rayau Kampung

Jom Download Aplikasi Jalan-Jalan Cari Makan Sempena Ramadan