in

Artis Komik Records Lancar Lagu Raya HARI MULIA

Januari 2016 menyaksikan “Komik Records’, iaitu sebuah indie label yang baru mula mengorak langkah di dalam industri muzik Malaysia. Diterajui oleh Zairul Addry Helmy, iaitu gitaris kumpulan d-Va yang pernah popular sekitar 10 tahun lalu, Komik Records bertujuan ingin menaikkan nama beberapa orang artis baru yang bernaung di bawah label mereka. Di antara artis baru tersebut ialah Fizie, Betto,Senn, Ijam Majid, Moiz, Nad & The Playmakers, Ekspresi dan The Tanktop. Lagu raya ini mengisahkan tentang suasana di Hari Raya dan lagu tersebut ditulis oleh pengasas Komik Records sendiri iaitu Zairul Addry serta lirik ditulis oleh Mohariz Yaakup.

Fizie merupakan seorang singer-songwriter yang berasal dari Cheras. Berumur 25 tahun. Boleh bermain gitar serta mencipta lagu. Beliau bakal muncul dengan single debut “ Terluka” pada bulan Ogos tahun ini.

Betto ialah seorang pemain bolasepak yang berbakat untuk sebuah kelab di Selangor. Berusia 28 tahun, pernah memenangi beberapa pertandingan karaoke di sekitar Lembah Kelang. Bakal muncul dengan single Debut “Anugerah Cinta” juga pada bulan Ogos nanti.

Ekspresi merupakan gabungan duo yang unik. Dianggotai oleh Ara dan Jerlur, mereka berpengalaman bermain muzik serta mencipta lagu sendiri. Berasal dari Kuala Lumpur, mereka bakal muncul dengan single ciptaan mereka sendiri iaitu “Masih Ada Cinta” pada bulan September nanti.

Senn merupakan seorang singer-songwriter yang berasal dari Labuan. Berumur 22 tahun dan berkebolehan bermain gitar serta piano. Bakal muncul dengan single debut beliau iaitu “Hey You” feat Jeff A To Z pada pertengahan Julai nanti.

Nad & The Playmakers ialah sebuah project band yang berkonsepkan dance-rock. Dianggotai oleh Nadia sebagai penyanyi utama dan Mr Ed sebagai composer/producer, single debut mereka iaitu “ Move On’ akan dilancarkan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Moiz Adnan ialah seorang pendatang baru dalam bidang nyanyian. Beliau merupakan seorang jurugambar bebas dan masih mencari lagu yang sesuai untuk single yang pertama.

Ijam Majid merupakan seorang pelakon drama sambilan dan berasal dari Klang. Beliau bakal muncul dengan single debut beliau iaitu “Setia Menunggu”.

The Tanktop ialah sebuah project band hasil ilham pengasas Komik Records sendiri iaitu Zairul Addry setelah 2 anggota asal band tersebut menarik diri. Dianggotai oleh Karen (vokalis/guitar), Zam (drummer) dan Ed (gitar/producer), mereka baru sahaja menghasilkan single English debut mereka yang diberi tajuk “Love Is Simple Thing”.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amira Othman & Nabila Razali Berbuka Puasa Bersama Peminat

Kisah Raya Empat Pasangan Selebriti dalam CERITA RAYA KITA