in

Kenyataan Anzalna Persetujuan Bersama – Zubir B Pop

Selepas Anzalna buat kenyataan mahu melantik peguamnya sendiri, sekarang ini, giliran wartawan Zubir pula mahu bersuara.

Menurut Zubir, kenyataan Anzalna NasirAdalah Persetujuan Bersama.

Kenyataan Anzalna adalah persetujuan bersama, menurut wartawan B Pop Berita Harian, Zubir.

Anzalna Nassir

Anzalna bersama ibunya

Wartawan Zubir tampil menafikan kenyataan Anzalna yang diterbitkan dalam Berita Harian bukanlah satu paksaan, malah ianya adalah satu persetujuan bersama.

Zubir Mohd Yunus turut menjelaskan yang beliau mempunyai bukti kukuh dalam bentuk bentuk rakaman.

“Artikel tersebut diterbitkan dengan persetujuan bersama. Saya tidak memaksa Anzalna meluahkan perasaan berhubung krisisnya dengan Neelofa. Saya hanya memujuk dan dia sendiri bersetuju kenyataan itu akan diterbitkan. Bagi saya tidak timbul isu kerana saya mempunyai bukti dalam bentuk rakaman mengenai kenyataan Anzalna dalam temu ramah kami,” katanya.

Zubir mengulas mengenai kenyataan Anzalna bahawa dia terkejut apabila luahan yang beliau sifatkan sebagai off record itu telah diterbitkan dalam akhbar berkenaan sehingga menimbulkan perbalahannya dengan Neelofa.

Susulan penyiaran artikel di akhbar tersebut, Neelofa melalui peguamnya telah mengeluarkan notis dengan menuntut Anzalna mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataan berbaur fitnah yang dibuatnya.

Anzalna diberi tempoh selama tujuh hari bermula Rabu lalu untuk memberikan surat tuntutan balas sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Zubir turut berpendapat Anzalna enggan bertanggungjawab terhadap artikel itu tetapi beliau tidak berkecil hati atau marah kerana dia percaya tindakan aktres itu berpunca daripada fikiran dan emosi yang bercelaru kerana tekanan akibat insiden berkenaan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

The Expendables 2 Character Posters

Aaron Aziz Dihentam Parti Pembangkan Kerana Puji Menteri