in

Kemas Kini Gaya Sambil Mengemas Kini Resume Anda

Kaji selidik JobStreet.com dan Gillette mendapati bahawa calon-calon yang berpenampilan kemas mempunyai kelebihan di dalam pasaran pekerjaan. Walaupun kita selalu mendengar “jangan menilai seseorang dari luaran“, itulah hakikatnya di dalam pasaran pekerjaan. Tanggapan mengenai kebijaksanaan, kemampuan, pengalaman dan prestasi biasanya dibuat berdasarkan imej kita.

4 - Bront Palarae &Amp; Peter Davis Mid-Shave

Keputusan kaji selidik di kalangan 362 pakar-pakar Sumber Manusia (HR) yang dijalankan oleh Jobstreet.com dengan kerjasama Gillette menunjukkan bahawa di dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar hari ini, menjaga penampilan diri memainkan peranan yang penting dalam menentukan calon yang akan mendapat sesuatu pekerjaan. Pengurus Negara Jobstreet.com, Cik Chook Yuh Yng berkata:

“Sejak kebelakangan ini, ramai majikan menyatakan kebimbangan tidak mendapat calon yang sesuai, walaupun sesuai dari segi kelulusan dan melalui temuduga di telefon. Ramai calon menyatakan bahawa mereka gagal di peringkat temuduga, walaupun telah melakukan yang terbaik ketika sesi tersebut. Apa yang mereka tidak sedari ialah penampilan yang baik sebenarnya mempengaruhi peluang mereka untuk mendapat tanggapan yang positif dari bakal majikan. Penampilan seseorang itu mempunyai kesan terhadap perasaan, keyakinan dan harga diri mereka.“

Kaji selidik tersebut mendapati bahawa dari segi penampilan diri bagi lelaki, 64% bakal majikan boleh menerima pekerja yang mempunyai janggut yang bergaya, namun lebih cenderung memilih calon lelaki yang bercukur rapi. Wajah yang dicukur rapi dianggap sebagai tanda penjagaan penampilan yang penting di mana 92% majikan percaya bahawa calon lelaki yang bercukur rapi memberikann tanggapan yang lebih baik.

Hampir separuh bakal majikan di dalam kaji selidik ini menyatakan bahawa sekiranya mempunyai dua calon yang setara kelayakannya, calon yang mempunyai penampilan diri yang lebih baik akan mendapat pekerjaan tersebut. Apabila calon menghadiri temuduga dengan penampilan yang tidak kemas, pakar-pakar HR berpendapat bahawa mereka tidak menunjukkan inisiatif yang mencukupi dan mungkin memerlukan pengawasan rapi.

Kaji selidik ini juga mendapati bahawa majikan tidak akan berterus-terang dengan calon sekiranya mereka mempunyai masalah penampilan diri. Ini menyebabkan lebih ramai calon terus mengabaikan penampilan diri dan akibatnya para majikan juga terus menghadapi masalah untuk mendapatkan calon yang sesuai.

7 - Post-Shave

Apa yang lebih penting, 63.5% pakar-pakar HR berpendapat bahawa pekerja di Malaysia, terutamanya lelaki, perlu memperbaiki penampilan diri mereka. Pengurus Komunikasi Procter & Gamble, Cik Goh Seng Jone berkata:

“Kebanyakan lelaki menganggap bahawa mereka tidak perlu berusaha keras untuk tampil menarik. Mungkin ini benar, namun masa dan usaha yang diluangkan untuk menjaga penampilan diri sebenarnya akan disedari umum. Perkara kecil seperti wajah yang dicukur rapi atau penampilan yang kemas boleh membawa perbezaan yang besar apabila mengejar kenaikan pangkat atau gadis cantik di kafe.”

Sudah tentulah di dalam dunia perniagaan yang sentiasa berubah, keperluan untuk kekal peka lebih penting dari sebelumnya. Menambahkan usaha untuk mendapatkan penampilan diri yang lebih baik pasti membantu memaksimakan peluang anda menjadi calon yang terbaik di fikiran bakal majikan.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Gillette dan Jobstreet.com, layari:
1) Gillette Facebook: http://www.facebook.com/GilletteMalaysia
2) JobStreet.com Facebook: http://www.facebook.com/JobStreet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ramai Selebriti Bakal Hadir di Pelancaran Program h live!

AirAsia Kini Dilengkapi Sistem INTERPOL I-Checkit