in

Ramai Selebriti Bakal Hadir di Pelancaran Program h live!

Jika ada dapat tengok di laman Instagram, begitu ramai selebriti yang meletakkan gambar kad jemputan eksklusif daripada Astro Ria yang mana satu parti terbesar yang menghimpun ramai selebriti akan berlangsung tak lama lagi. Budiey pun rasa teruja sebab pada petang tadi, Budiey juga turut mendapat jemputan untuk ke acara ini. Tak sabar untuk mengetahui apakah sebenarnya program terbaru ini.

Yang pasti, acara ini sebenarnya adalah pelancaran program terbaru yang akan disiarkan di Astro Ria berbentuk infotainment. Siapa pengacaranya? Apa kelainannya? Itu anda kena nantikan sendiri. Program tersebut diberi nama h live! akan menemui penonton mulai 26 Mei 2014 di Astro Ria.

Ramai yang bertanya pada Budiey, apa konsep dan isi kandungan program ini. Apa yang Budiey tahu, program h live! ini adalah untuk mengukuhkan lagi kedudukan Astro Ria sebagai sebuah Saluran Hiburan Melayu Utama. Jadi, h live! adalah sebuah program hiburan terbaru yang akan menghimpunkan liputan komprehensif rangkaian berita eksklusif terkini dan sensasi tanpa henti tentang segala-galanya yang berlaku dalam dunia hiburan. Program h live! ini akan bersiaran secara langsung bermula 26 Mei kelak.

Majlis Pelancaran & Parti Hiburan h live! pada 12 Mei 2014 (Isnin), di sebuah stadium di Kuala Lumpur.

Antara selebriti-selebriti yang bakal hadir untuk memeriahkan parti hiburan terbesar pada tahun ini ialah Aaron Aziz, Datuk Aznil Haji Nawawi, Scha Al Yahya, Awal Ashaari, Qi Razali, Emma Maembong, Nik Michael, Nabil Ahmad, Zizan Razak, Hanis Zalikha, Chef Adu Amran, Jehan Miskin, Hafiz Suip, Stacy, Ziana Zain, Faizul, Adira, Waris, Awi Rafael, Altimet, Amy Search, Mark Adam, Azhael, Akim, Zizan Nin, Boscoe Wong, Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini, Syaiful Baharim, Wak Doyok, Alia Bastamam, Jonathan Putra, Jean Basri Longuet, Ziela Jalil, Datuk Shuhaimi Baba, Gayatri, Michael Ang, David Shaw, Bambang Soteto, Mawar Rashid, Atita Haris, Adel Asha, Wiwie Darvienda, barisan pengacara ERA fm serta ramai lagi!

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Nora Danish Uniqlo

Uniqlo Pertama di Johor Bakal Dibuka Pertengahan Mei

Kemas Kini Gaya Sambil Mengemas Kini Resume Anda