in , ,

Kekasih Sudah Terbuka Kongsi Foto Mira Filzah di Instagram?

Jejaka yang dikatakan telah mencuri hati Mira Filzah, Wan Emir Astar telah menjadi perhatian netizen apabila memuat naik sekeping foto yang dikatakan milik aktres drama Lelaki Kiriman Tuhan itu.

Semua mengetahui bahawa sebelum ini Mira Filzah mengakui sedang mengenali hati budi seseorang dan timbul spekulasi pelakon cantik itu sedang hangat bercinta dengan jejaka dikenali sebagai Wan Emir Astar. Identiti jejaka itu diketahui ramai apabila tampil bersama Mira Filzah di majlis resepsi perkahwinan Farah Nabilah awal Januari lalu. Kemudian timbul desas-desus mengatakan Mira sudah dirisik dan bakal bertunang pada September tahun ini.

Emir yang merupakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid berkongsi sebuah coretan petikan yang ditujukan khas kepada semua wanita di dunia ini.

mira filzah

Bagaimanapun, Mira menafikan perkara itu dan memberitahu bahawa dia akan mendedahkan perkata itu jika hubungan tersebut benar-benar pasti.

Walaupun foto berkenaan tidak jelas, namun rata-rata pengikut Emir yakin lantas ‘memetik’ nama Mira di ruangan komen itu.

“Walau di sebalik tabir, tetap dikenali dari bentuk bayang-bayangnya.

“Tengok style tudung pun dah kenal siapa.

“Cakap je la Mira Filzah.

“Waa dua-dua orang dah mula dedahkan si dia masing-masing ni.. Semoga berjodohan.

“Eh macam pelakon paling popularlah.

“Bidadari Kiriman Tuhan @mfmirafilzah,” antara komen-komen peminat.

Mira Filzah

Nampaknya baru-baru ini, jejaka tersebut iaitu Wan Emir dilihat semakin ‘terbuka’ mengenai perhubungan mereka. Menerusi entri terbaru di Instagram, Emir berkongsi sebuah coretan istimewa ditujukan khas kepada semua wanita.

Namun apa yang menjadi perhatian adalah foto yang dimuat naik yang dikatakan mirip Mira Filzah. Meskipun foto itu tidak jelas, namun rata-rata netizen yakin bahawa wanita berkenaan adalah Mira.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sering kelihatan meninggalkan komen di ruangan foto Emir yang dimuat naik kepada umum.

Terdahulu, Mira mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang lelaki yang bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan.

Mira bagaimanapun masih tetap dengan pendiriannya mengunci mulut daripada mengulas mengenai identiti kekasihnya.

Difahamkan, Wan Emir merupakan teman lama Mira sewaktu zaman belajar dahulu dan mereka memang rapat. Bagaimanapun, hubungan mereka terputus selepas lelaki itu melanjutkan pelajaran di luar negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Isteri Da’i Farhan Kongsi Pengalaman dalam Lokap Seolah Hidup dalam Neraka Dunia

Siti Saleha Kembali Dalam Drama Adaptasi Novel MANUSKRIP CINTA