in , , ,

Siti Saleha Kembali Dalam Drama Adaptasi Novel MANUSKRIP CINTA

Kemunculan pelakon cantik Siti Saleha sebagai watak utama dalam drama adaptasi novel karya Syamnuriezmil bertajuk “Manuskrip Cinta” pastinya dinantikan peminat setianya.

Apatahlagi drama bersiri arahan Jamal Khan yang bersiaran sejak 5 Mac lalu, setiap hari, pukul 10.00 malam di TV Okey merupakan kemunculan pertama beliau membintangi drama untuk siaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) untuk tahun 2020.

20 episod adaptasi menyentuh soal konflik percintaan, kekeluargaan dan persahabatan ini turut  menampilkan lakonan mantap Fadlan Hazim, Hafidz Roshdi, Reen Rahim, Nur Risteena Munim, Syazuwan Hassan, Wan Sharmila, Syaffiq Sahli, Normah Damanhuri, Aleza Shadan, Anne Abdullah, Aida Khalida, dan Zulkifli Ismail.

siti saleha dan fadlan leman... watak utama

Ia mengisahkan tentang Aryani, seorang penulis sepenuh masa yang suka bereksperimen dengan manuskrip untuk mencari kelainan dalam setiap manuskrip yang ditulisnya. Manuskrip keempat tulisannya tidak diberi pelepasan oleh editor, Kak Adibah yang merasakan kisah cinta yang ditulisnya terlalu kosong tanpa watak antagonis. 

Kak Adibah mencabar Aryani untuk jatuh cinta jika dia mahu menulis kisah cinta yang menyentuh perasaan dan lebih dramatik. 

pelakon Manuskrip Cinta

Watak asal yang ditulis dalam manuskrip Aryani sebenarnya berdasarkan watak Dr. Rian Akasyah, seorang doktor pakar jantung (cardiologist) yang menyewa di rumah sebelahnya. Dian selalu memerhatikan gerak-geri Rian, mengambil tahu pasal kerjaya Rian dan hal-hal berkenaan dengan hidup seorang doktor pakar jantung. 

Tunang Rian, Helena juga diselitkan dalam manuskripnya. Gara-gara Kak Adibah menyuruhnya bercinta, Aryani terpaksa mencari teman lelaki tikus putih untuk eksperimenkan cinta dalam manuskripnya. 

Pelakon Manuskrip Cinta (1)

Dian meminta kawan baiknya, Gee untuk mencarikannya teman lelaki. Tanpa disangka, diperkenalkan dengan lelaki yang pernah dijumpai dahulu iaitu Dr Izak Ashaal yang juga kawan baik kekasih Gee, Effan. Lalu apakah yang terjadi dalam hubungan mereka? Ikuti kesudahannya di TV Okey.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Manuskrip Cinta di TV Okey

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kekasih Sudah Terbuka Kongsi Foto Mira Filzah di Instagram?

Spotify Melancarkan RADAR bagi Menyokong Artis yang Semakin Meningkat Naik