in ,

Kejutan AF6: Saida Kakak Siti Nurhaliza Masuk AF 6

Jawapan telah terungkai setelah pengumuman calon pelajar AF6 semalam. Antara yang mengundang kejutan ialah kehadiran kakak kepada diva nombor satu negara, Datin Siti Nurhaliza telah berjaya memboloskan namanya dalam senarai. Tahniah!

saida

Bersedia untuk AFUNDI SAIDA? Kakak kepada penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza telah berjaya menjadi calon pelajar AF6. Namanya Siti Norsaida Binti Tarudin menggunakan nama gelaran SAIDA. Budiey melihat pencalonan Saida satu tarikan utama AF6. Sekiranya berjaya memboloskan diri dalam 12 orang pelajar, bermakna SAIDA akan meraih dan menuntut sokongan dari peminat Siti Nurhaliza sendiri.

Tidak dinafikan, lubuk emas untuk AF6 kali ini ada pada Saida. Jadi, apa kata peminat Siti Nurhaliza, apakah korang akan mengundi Saida, kerana bakat atau dia adalah kakak kepada Siti? Selain seorang ibu muda, Saida yang suka main futsal ini juga satu lagi experimental untuk menguji sejauh mana pengaruh dan reputasi seorang diva yang mempunyai berjuta peminat dapat membantu dan menarik orang ramai menaikkan nama. Walaupun kita sudah melihat adik Siti sendiri, Saerah tidak berjaya untuk mengorak langkah ke mercu jaya dalam bidang seni nyanyian. Adakah Saida akan berjaya?

[tags]profile saida, afundi saida, kakak siti nurhaliza masuk af, gossip saida, kontroversi af[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Ahmad Nazib Bin Zaidi (NAZIB) Calon Pelajar AF 6

Kejutan AF6: RINA Nenek 2 Cucu Fenomena Mama Blues