in

Kejutan AF6: RINA Nenek 2 Cucu Fenomena Mama Blues

Fenomena Mama Blues Akan Tercetus
Seorang ibu tunggal kepada seorang anak dan juga menjadi nenek kepada 2 orang cucu, RINA menjangkau umurnya 44 tahun sudah, antara yang bolos dalam senarai calon AF6. Budiey kira, ini satu sejarah yang pastinya akan tercatat dan akan diingati dalam lipatan fakta perkembangan AF itu sendiri. Antara pelajar paling TUA sepanjang penganjuran program realiti TV ini. Budiey telah pun mendengar suara Mama Blues ini dan menjangkakan Kak Rina pastinya akan terpilih dan diserapkan ke akademi berdasarkan keunikan vokalnya yang serak basah itu serta pakej karakter dan latar belakang yang dimiliki Rina.

rina akademi fantasia 6

Siapa RINA?
Sebenarnya, Rina juga memang seorang penyanyi versatile sejak 20 tahun lalu, khabarnya banyak menimba pengalaman menyanyi di show pentas, di lounge dan kenduri kahwin. Soalnya, mungkinkah Rina akan mencetuskan fenomena baru sehebat Mawi berdasarkan kepada kelayakan dan kedudukan status beliau yang sudah tentu akan menagih undian simpati penonton. Ini kerana, Budiey rasa gelaran IBU TUNGGAL itu sendiri pun sudah mampu untuk mengundang rasa simpati penonton.

Apakah Rina akan mengembalikan semula kegemilangan AF setelah suram beberapa musim selepas kejayaan Mawi? Apa kata anda?

rina hangat

Pendapat Budiey Tentang RINA
Sebagai pemerhati AF, Budiey merasakan daya tarikan utama Akademi Fantasia musim ini terletak pada Rina. Penonton pastinya ada yang akan teruja untuk menonton bagaimana situasi berbeza di dalam diari apabila meletakkan seorang nenek dalam famili AF. Bagaimana keadaannya seorang nenek menjadi ibu kepada pelajar muda yang lain. Paling menarik apabila penonton akan dihidangkan dengan pelbagai pelajar dalam latar belakang, peringkat umur dan perangai yang berbeza. Bagaimana pergaulan Rina bersama tenaga pengajar yang sebilangan dari mereka seusia dengannya?

Bagaimana Ekspektasi Penonton?
Bayangkan apabila seorang nenek dapat menari Menuju Puncak pula pada musim ini. Segalanya tidak mempunyai skrip dan susunan mengikut kronologi, program realiti ini akan mengikut karakter dan sejauh mana spontannya mereka di dalam akademi. Bak kata pengetua AF6, Ramli MS yang memandang kepada ‘content’ yang terletak dalam diri setiap pelajar iaitu mutu vokal mereka. Itu yang akan membentuk rancangan ini sebenarnya. Sekiranya tiada mutu dan keunggulan, rasa Budiey, program ini sudah lama akan tutup kedai.

Budiey percaya dengan kebolehan Rina untuk berlari lebih jauh dalam AF6. Korang rasa bagaimana?

[tags]biodata rina, gambar rina af6, dewan mbjj, dewan sivik, kelab peminat rina, ibu tunggal, rina af6, laman web rina af6, fanclub rina af, video konsert af6, lagu rina, nenek tua, matured women, tips seks usia matang, gejala sosial, keguguran, nenek pregnant[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kejutan AF6: Saida Kakak Siti Nurhaliza Masuk AF 6

Promo: FLY FM’S MUST WATCH MOVIE – GONE BABY GONE