in , ,

Keena Mentor & Izzue Islam Jadi Hos Program Khas Merdeka

Menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan sepanjang bulan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) berkongsi menyiarkan dua program iaitu candawara dan kuiz yang bertemakan isu kenegaraan dan kemerdekaan negara. Kedua-dua program ini disiarkan menerusi saluran TVi iaitu “Mai Boria” mulai 10 hingga 31 Ogos 2016, Isnin hingga Khamis, pukul 12.00 tengah hari dan “Anda Fikir Anda Bijak” mulai 10 hingga 31 Ogos 2016, Isnin hingga Khamis, pukul 1.00 petang.

Keena Mentor dan Izzue Islam Kendali Dua Program Khas Merdeka di TVi, “Mai Boria” dan “Anda Fikir Anda Bijak”

Rancangan candawara hiburan “Mai Boria” bertemakan isu kenegaraan dan kemerdekaan negara yang menggabungkan ilmiah dan hiburan. Dimulakan dengan satu ‘Sketsa Mai Boria’ yang kemudiannya menampilkan pengacara iaitu Keena Mentor. Diikuti dengan persembahan nyanyian dan tarian boria. Selesai persembahan, pencarian peserta untuk ‘game show’ dilakukan secara rawak. Terdapat 3 segmen itu ialah ‘Wang Boria’, ‘Salah Bagi Balik’ dan ‘Mai Pekena’. Peserta yang mendapat markah tertinggi muncul sebagai pemenang. Di akhir rancangan, kesemua peserta akan berhibur dan menyanyi bersama kumpulan boria iaitu boria Omara.

13 episod program ini turut mengundang pelawak seperti Saiful Apek, Issey, Taukey dan Bell Ngasri.

Uji kecerdasan dan pengetahuan anda dalam program seterusnya berbentuk kuiz yang menguji kebijaksanaan para peserta dalam bidang sejarah bertajuk “Kuiz : Anda Fikir Anda Bijak”. Program 13 episod ini terbahagi kepada tiga segmen iaitu segmen Fakta atau Auta?, segmen Aneka Sejarah dan segmen Jangan Salah. Menariknya program ini menampilkan pengacara Izzue Islam.

Gameshow kuiz dalam studio bersama peserta bagi menguji ilmu sejarah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Pada awal rancangan Setiap peserta diberi akaun kredit sebanyak RM500. Peserta yang berjaya melayakkan diri akan terus bertanding dan yang gagal menjawab soalan akan terkandas daripada memenangi hadiah ditawarkan.

Istimewanya pada episod akhir, seorang penonton diberi satu soalan dan membawa pulang hadiah bonus.Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Calon Akhir Festival Filem Malaysia Ke-28 Mengikut Kategori

350,000 Serbu Jom Heboh Edisi Syukur Selalu